BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Thursday, December 31, 2009

Pakej percubaan...

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta
dgn seorang anak jutawan
di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan
ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.


Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri.
Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan
kehilangan anak
perempuan
kesayangan dan telah membuat laporan polis dan
juga telah membuat iklan
di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan
menerima teman lelakinya itu
jika dia balik ke rumah.


Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke
rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun
menerima lelaki ini
dengan seadanya.


Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk
berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak
dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point,
dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan
keesokan harinya lelaki itu
pun
dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan
perempuan tersebut kerana
tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu
hendak berkahwin dgn
lelaki kesayangannya.


Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat
mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan
itu,
kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku.
Tapi, ibu perempuan
tersebut tidak mengendahkannya.


Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula
menerima mimpi yang sama
iaitu seorang nenek tua meminta utk
membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang
akan buruk akan
berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut
jugak tidak
megendahkannya.


Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima
mimpi yang sama seperti
ayah
dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada
kedua ibu dan ayahnya.
Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi
membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap
ada...


Malam keempat, dia mendapat mimpi yang
serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika
tidak, malang akan
menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus
menyental baju tersebut
sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi,
darah itu tetap
adaa...


Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila
pintu belakang
rumahnya
di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut
dan perempuan itu pun
pengsan..


Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu
pun menguhurkan
benda
yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa
ini...?"


Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan
kotoran akan hilang...
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak
yang besar, beli kat
kedai.....




hehehehhhhehehehhe......

Kisah si hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Si Perempuan cantik dan x cantik...

>> Kalau perempuan lawa pendiam
>> Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
>> kalau perempuan tak lawa pendiam
>> Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
>>
>> kalau perempuan lawa berbuat jahat
>> Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
>> kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
>> Lelaki akan cakap: dah la tak lawa,perangai pulak huduh...
>>
>> kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
>> Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
>> kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
>> Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
>>
>> kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
>> Lelaki akan kata: ok gak la....
>> kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
>> Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
>>
>> kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
>> Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
>> kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
>> Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
>>
>> kalau perempuan lawa penyayang binatang
>> Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
>> kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
>> Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
>>
>> kalau perempuan lawa bawa BMW
>> Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
>> kalau perempuan tak lawa bawa BMW
>> Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
>>
>> kalau perempuan lawa tak mau bergambar
>> Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
>> kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
>> Lelaki akan kata: sedar pun diri...
>>
>> kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
>> Lelaki akan cakap: caring sungguh....
>> kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
>> Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
>>
>> kalau perempuan lawa bersedih hati
>> Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
>> kalau perempuan tak lawa bersedih hati
>> Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
>>
>> kalau perempuan lawa masak
>> Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
>> kalau perempuan tak lawa masak
>> Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
>>
>> kalau perempuan lawa main2 miss call
>> Lelaki akan kata: takpe...
>> kalau perempuan tak lawa main2 miss call
>> Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
>>
>> kalau perempuan lawa hantar2 email
>> Lelaki akan kata: sukenya....
>> kalau perempuan tak lawa hantar2 email
>> Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring!! big grin big grin

CINTA ILLAHI

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم....    



Udara pagi menghentakan diri... Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata... Tersadar termenung dimanakah jiwa ini... Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana... Tiba tak kira merasakan udara hangat di hati ini... Saat cinta Nya merasuki jiwa... Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad... Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta... Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci... Diiringi bisikan rindu bergemuruh... Dialiri hati meringis betapa sangat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta... Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... Benang keridhaan... Jiwa keikhlasan... Dalam kehidupan kelak... Bersama Nya.. .Amin ya robbal alamin.  

Tuesday, December 29, 2009

KISAH SERAM KAKI PANCING..

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang
dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat
Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg
gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal
ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia
nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2
kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang,
patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2
kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis
sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing
balik,
sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Monday, December 28, 2009

back to school..


Sepatut patut nya hari ni ak dah ada kat sekolah dah..hehe..tapi ak masuk sekolah lambat sikit..ak x ready lagi nk jumpa kawan2 and guru2 kat smart..dan yang pntang barang sekolah belum beli lg..huhu..sedih..walau apa2 pon, semangat nk belajar balek masih lagi membara dalam diri aku..hmm..nnt terbiar la blog ni..ye la..nnt jarang la nk buka..balek pon sebulan sekali..tu pon samada tenet ada ka x dak.. hehe..kepada anda yang baca..selamat kembali ke sekolah..dan selamat tahun baru pada 1 jan nnt..semoga tahun 2010 adalah tahun yang terbaik bagi anda ye..wasalam...

Wednesday, December 23, 2009

CINTA V.S KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan-jalan di suatu tempat....
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... KENAPA? kerana;
CINTA ITU BUTA...
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga... KENAPA? kerana;
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA...
Di dalam telaga CINTA HILANG... KENAPA? kerana;
CINTA ITU HALUS... mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu...
KENAPA? kerana; KAWAN ITU SEJATI & akan kekal sebagai KAWAN YANG SETIA... (",)


Cerita ni dah selalu dgr kan..daripada kita bercinta..lebih baik kawan..kerana kawan tu setia..cinta pula perlu dijaga,perlu diberi perhatian selalu..takut kena kebas..hehe..yang mana lbih senang untuk dijaga??kawan atau cinta..mesti lah kawan..bak kata orang la kan..berkawan biar seribu..bersahabat biar satu..tidak kah anda terfikir bahawa kawan dan cinta adalah separuh dari jiwa kita..tanpa mereka maka akan hilang lah separuh jiwa kita..sebenarnya,kita perlu kan kedua dua nya sekali dalam hidup kita..cuma kita perlu pandai dalam soal kehidupan kita..yang mna baik dan yang mna buruk..cinta kepada allah dan rasul nya sudah semestinya..cinta kepada manusia perlu kita hati hati kan..jangan kerana cinta..hidup kita jadi tunggang langgang..kawan pula..kita sudah semestinya ada ramai kawan..tapi bila kita nk memilih kawan..kita kena juga perlu berhati hati..ada kawan yang tikam kawan..ada juga kawan yang nk merosakkan kita..dan ada kawan yang nk menolong kita..jadi..renung2 kan lah..hehe