BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Saturday, March 20, 2010

Cuti seminggu..

Cuti seminggu ni rasa sekejap saja..walau apa pun, cuti kali ni tetap ana manfaatkan dengan akitiviti indoor seperti TIDUR..hahaha..tak la teruk sangat..bila hari pertama cuti tu, ana dah dapat tender jadi house manager..jadi suri rumah dan chef pada waktu pagi dan petang saja..hehe..boleh jadi isteri dah ni..kah kah kah..just kidding..tak la fikir sampai ke situ..cuti seminggu ni jugak ana buat lawatan kat kedai runcit..tengok, ada apa laa kat kedai tu..herm..dok rumah hari dah ada jadual dah..bangun pagi solat subuh sorang-sorang, tolong mak iron baju, buka tingkap dan langsir, pastu ikut mood tidur balik ka, nak terus buat kerja ka.. tapi kalau sambung buat kerja, ana akan kemas ruang tamu, pastu basuh baju, sapu sampah kat luar, basuh baju, kemas dapur, sidai baju dan buat sarapan untuk ana dan abang ana.. bila pukul 11 sampai 12 tengah hari, ana akan terpacak kat depan tv tngok citer Mutiara di tv9.. pas habis citer tu sambung plak kerja iaitu buat makanan tengah hari..hehe..12.30 terpacak lagi depan tv tengok citer Laila Majnun sampai pukul 1.30..pastu makan and then terus tengok my favourite drama..Tasbih Cinta.. lepas habis cerita tu baru laa buat aktiviti bebas iaitu solat and sleep...tapi kadang-kadang tu mesej dengan kawan-kawan..bila malam, lebih suka terperuk dalam bilik..melayan perasaan..ceii..bila rasa bosan, kacau la kawan-kawan yang ada kat rumah..hahaha..begitu la jadual ana setiap hari..dan hari-hari juga ana kena berleter dengan mak ana sebab nya..macam-macam..haha..harap-harap ana dah ready la hendaknya nak balik ke sekolah..hehe..k..kat sini dulu..assalamualaikum...dan salam satu blog..

Friday, March 19, 2010

Majlis maulidur rasul..

Baru-baru ni smart (sekolah menengah arab tahfiz) telah mengadakan maulidur rasul.. meriah la jugak.. majlis ini diadakan bertujuan supaya kita memperingati hari kelahiran kekasih allah, nabi akhir zaman.. tanpa nabi muhammad S.A.W, kita masih lagi berada dalam keadaan yang tidak tahu apa itu islam.. kita seharunsya bersyukur dengan nikmat islam yang diberi kan oleh allah.. hari ini ana bersyukur kerana bila bangun pagi tadi.. aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup serta beribadah kepada-Nya.. eh..eh.. tersasar dari tajuk pula.. majlis itu diserikan lagi dengan pertandingan nasyid dan syarahan bahasa arab dan bahasa melayu.. walau pun majlis ini di buat secara sederhana..tapi ia cukup meriah.. selain itu juga, pertandingan membuat banner juga diadakan sebelum majlis tersebut..hal ini kerana takut tak sempat kalau ianya buat sekali..hehe..kumpulan ana buat banner yang paling simple..hahah..masa nak buat tu, ya allah..hanya Dia saja yang tahu betapa sedihnya..betapa geramnya bila time nak habiskan sisa-sisa baki banner yang tak siap tu, warna kumpulan kami hilang..dah la fed up pasal tulisan kat banner tu salah..haaa,.. ni pula ditambah dengan warna hilang..selepas penat mencari, akhirnya salwa, bukan kumpulan ana la, dengan baik hatinya bagi la pinjam warna kumpulan mereka kat kami..syukur tak terkira..bila dia dah bagi..ana kata la kat solehah,kumpulan ana.. " eh..kak sol, ni bukannya warna kumpulan kita ka??"  lalu solehah pun berkata "eh..ye laa...hampa curi warna kami ka??"  salwa pun pelek.. dia pun membela lah diri.. "eh..mana la ana nak tau..kak bustan yang ambil warna tu masa nak buat banner kami..ana tak tau apa.." ana dan solehah masing-masing tepuk dahi..alamaaak... warna aku... dengan hati yang tenang dan tersenyum.. "tak pe la kak sol..dugaan la tu.." solehah pun kata "ya la..allah nak uji la tu.. hmm... halalkan je la warna tu.." aku pun menjawab.. " ok lah..halal je la.." salwa pun masuk la asrama...tinggallah ana, solehah,hafizah,jannah,dan izzati habiskan banner kami yang tak siap lagi..jannah dengan izzati kumpulan lain..kami buat banner kat luar asrama sampai la pukul 1.30 pagi..tapi masa tu yang tinngal ana, izzati dengan jannah ja..yang lain dah mengantuk terus tidur kat dalam asrama.. akhirnya siap juga la banner kami..tapi ana langsung tak harap banner kami yang menang..hehe..hari yang sama juga..nasyid banat diadakan dia library..hah..masa tu memang ana harap nasyid kumpulan kami yang menang..hahaha..ana tak nasyid pun, just main muzik ja..haha..kepuusannya adalah kumpulan nasyid kami mennag dan banner kumpulan jannah dan izzati menang..masa majlis tu..pengarah program kami,puan nur hazwani tak hadir sebab nak menyiapkan persiapan kahwin nya yang berlangsun pada 14 mac ari tu..SELAMAT PENGANTIN BARU..majlis diakhiri dengan bacaan doa dan pengumuman dari muallin yusuff selaku naib pengetua smart..muallim gitaw yang cuti ni jangan lupa baca al-Quran..dan pengumuman bahawa muhammad ersyad b abdullah telah layak masuk musabaqah ke peringkat kebangsaan mewakili sekolah smart dan negeri pulau pinang..harap-harap ersyad berjaya juga sama macam musabaqah peringkat daerah..amin..

Thursday, March 18, 2010

Pqenchip poqeber..


               pqenchip poqeber (friendship forever..)





 Sahabat adalah teman yang berada dikala susah dan senang.. apa gunanya kawan yang hanya ada jika tidak mampu menolong kawannya yang berada dalam kesusahan.. betul tak?? kita perlukan kawan untuk kita mencurahkan perasaan kita kepada si dia.. world like hell without friends.. sedangkan rasul kita mempunyai sahabat bagi menyokong dakwah rasul, inikan pula kita.. kawan sememangnya banyak..belungguk..berterabur sana sini.. tapi kita kena pandai pilih kawan.. ada kawan yang buat kita jadi baik dan ada kawan yang buat kita jadi jahat.. kita remaja ni mudah terpengaruh oleh godaan syaitan.. kawan adalah golongan pertama yang boleh mempengaruhi fikiran kita..kawan, sahabat.. lain maksudnya.. 
aisyah,jannah,syahirah, fizah dan aku berkawan rapat semasa tahun 09.. eh.. tahun lepas la.. kami rapat sebab kami rasa kami faham antara satu sama lain..kami boleh dikatakan juga satu kepala.. keinginan kami berlainan dari orang lain.. kami ni unik sikit..hehehe.. perasan sikit.. tapi kami mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada.. itulah anugerah yang allah bagi kepada hamba-Nya.. semua ada kelebihan dan ada keburukkan.. itu sudah menjadi fitrah.. kami berlima selalu diuji dengan perlbagai dengan cabaran hidup.. kadang-kadang ada juga yang jealous dengan kami.. tapi kitorang buat tak tahu je la..hehe.. walau apa pon.. kami akan terus berkawan sampai bila-bila.. dan berharap agar persahabatan kami kekal dunia akhirat dengan keredhaan-Nya..

Saturday, March 6, 2010

Berakhirnya sukan..

hazalif sebagai olahragawan,..
syuhada sebagai olahragawati..


rumah kuning masa perarakan..
                                             


Sukan dah pon berlalu.. keputusan nya rumah biru menjuarai sukan pada tahun ni..huhu..kesian nya rumah kuning..haha..aku punya la harap rumah kining menang..tapi hampa gak ar..perbarisan pun x menang.. aduhai..penat lelah kami sampai tido pun pukul 1.35 pagi..ye la..punya takut kot-kot esok perbarisan kami yang paling kolot..tapi berkat hasil usaha kami, dapat la jugak nombor 2..hahaha..a..aku pula..tak dapat pun emas..cuma     ada perak dan gangsa,..emas semua nya syuhada yang bolot.. tapi bagi aku..kuning menang kalau dikira bagi sekolah menengah ja..ni mata dikira sekali dengan sekolah rendah dan pra..memang la kalah..hehehe..walau apa pon..best jugak la sukan tahun..yang x best nya larian bagi banat x ada.. so sedih sikit laa..huhu..aku dapat dalam 6 atau 7 medal gak ar..banyak nya..sampai nak patah tengkuk bila aku try pakai semua medal tu.. huhu..olahragawan dapat kat hazalif dan olahragawati dapat kat syuhada..a perfect match..hahaha..jangan marah ar..gurau ja..
apa apa pun..sukan ni merapatkan ukhwah kami satu sekolah..membuatkan kami bersatu hatu..eh eh..jangan salah faham pulak..bekerjasama dalam apa jua keadaan..menang ka kalah ka..kami harungi bersama..dan alhamdulillah kami berjaya melakukannya..haha..dan yang paling penting ialah..bersukan kerana Allah..itu yang penting supaya kita dapat keredhaan-Nya...tak gitu..hehe..sukan yang berlangsung di stadium mppp kat kepala batas tu memberi kenangan pada aku..kenanagan manis ka pahit..hmm..senang-senang kenangan masam la..hahaha...sukan tahun depan aku akan pastikan rumah sukan aku menang..hehe.Insyallah..dengan izin Allah..k..

SATU PENANTIAN...

Aku hidup dalam satu penantian..penantian yang entah bila akan menjadi realiti..aku terus menunggu dan menunggu..saat bila aku boleh bertemu dengannya lagi..terkadang aku terfikir sejenak..aku ni syok sendiri ka??..huh..nak tergelak pulak..hehe..aku selalu ingat kat dia..tapi macam la dia ingat kat aku kan?...hmm..penantian satu penyeksaan..memang betul pun..aku ibarat menanti buah yang takkan gugur..akhirnya aku putuskan bahawa dia hanyalah hidup pada masa lalu aku..adakah aku ni hidup dalam fantasi ka?? PANGGG...owh...bukan-bukan..hehe..realiti laa..aku suka sangat berangan, tapi aku langsung tak berusaha untuk jadikan angan-angan aku tu menjadi realiti..itulah keburukkan aku..ish..ish..ish..begitu sukarnya alam remaja ni kan..terlalu mudah untuk para remaja sekarang tersasar dari jalan-Nya...sebab tu lah aku kena kuat..kuat untuk menghadapinya..aku sedang diuji tuhan..macam-macam masalah yang manimpa aku..tapi aku tahu..setiap ujian yang diberi oleh Allah..semuanya dapat aku hadapi..Allah takkan bagi ujian kepada hamba-Nya kalau mereka tidak dapat mengharunginya..betul??...ya..memang betul..hehehe,..ya Allah..Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini..Amin..