Ya Allah..begitu banyak dugaan yang Kau berikan kepada ku ini..namun, ku tahu..disebalik dugaan itu..terselit satu hikmah yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata..hampir satu bulan aku tidak berkaca mata..di saat itu, hanya tuhan yang tahu betapa menderita nya aku..tanpa cermin mata..aku tak mampu melakukan sesuatu dengan sempurna..Kini..aku mampu tersenyum kembali selepas usaha aku untuk mendapatkan cermin mata walau dengan apa cara sekalipon, sudah tertunai..Alhamdulillah..wa syulurillah..duit yang aku kumpul selama ini, walaupun tak seberapa..tapi..amat berguna padaku...Dulu..aku membaca al-Quran, mengulang kaji pelajaran, menghadapi peperiksaan, mengikuti kursus based tanpa memakai kaca mata...Kini.. segalanya berubah..aku dapat membaca al-Quran dan melakukan apa saja dengan kaca mata...ku harap selepas ini..aku lebih matang dalam menjaga cermin mata...AMIN!!!!! Kadang-kala..aku hanya mampu menangis tuk meratapi apa yang terjadi..tapi..di saat aku hampir saja mahu berputus asa..hatiku seraya berkata.."siti..kau kena kuat..jangan terlalu mengikut persaan..kalau orang lain boleh buat..kenapa tidak engkau.." tu la yang mampu aku katakan tuk memujuk hati kecil ini supaya tidak berputus asa...air mata yang mahu jatuh ke bumi itu pantas aku seka...air mata kadang-kala bukan menandakan bahawa kita ni seorang yang lemah..air mata mempunyai fungsinya yang tersendiri..jadi kepada semua kaum adam dan hawa..jangan malu untuk mengeluarkan air mata...
Sunday, June 20, 2010
Wednesday, June 16, 2010
kursus kemahiran based dan kawat..
Pada 9 hari bulan 6 hari, kami iaitu aku, syahirah, zul, khairul, hazalif, dan muhamad telah menyertai kursus kemahiran based dan kawat..aku dengan hazalif dan khairul masuk based manakala syahirah, zul dan muhamad masuk kawat..kamibertolak pada hari selasa pada pukul 10.00 malam dengan menaiki 2 buah van..satu van untuk banat dan satu van untuk banin..kami pergi kursus di sekolah menengah hira' jeram di selagor..pelajar stail pula pergi sebab kenaikan pangkat sarjan..selain itu, mlmh hidayah, mlmh erni, mlm faizal dan juga mlm zairi pun turut serta..dan of course driver kami mlm zairi dan mlm faizal..driver yang penuh dedikasi..haha..ye laa..masa kami p sana, belum sampai kat sekolah hira' lagi,, kami dah sesat..haha...peta kat depan mata pun dah x guna..tapi berkat hasil usaha mlm zairi dan mlm faizal..akhirnya kami sampai juga di sekolah tu..rasanya, boleh dikatakan orang terawal jugak laa..fuh..masa time latihan pertama aku, aku memang x dak kawan..tapi sempat jugak aku berkenalan dengan seorang member baru..nama dia aliyah fong..kiranya ke mana ja aku pergi..still dengan dia laa jugak..dia pun keseorangan..ok la tu..sama dengan aku..hoho..tapi..dia pernah masuk karate..so, kalau buat latihan tu badan dia x la keras sangat macam aku..aku ni dah la baru first time p kursus tu and baru first time belajar based..dengan mata nya yang kabur lagi..hoo..tension gak laa..rasa macam nak nangis jaa..tapi aku harus kuat kan semanagat..sebab aku ingat kekawan aku kat SMART yang x taw based..so..aku belajar dan belajar sampai la kau boleh jugak based walaupun ada la sedikit pergerakkan yang aku x kuasai lagi..atas berkat pertolongan dari aliyah, kak nazirah dan kawan yang lain,dan juga hasil semangat dari syahirah, mlm hamzan, mlmh hidayah, mlmh erni dan kawan aku yang lain..alhamdulillah..dapat juga la bekung hijau tahap 1 peringkat 3..ok la tu.. hazalif dapat tahap 2 tapi x tau peringkat berapa dan khairul x sure la plak..hehe..syahirah dan zul dapat lulus dalam kawat dan muhamad..x tau nak kata..cemerlang kot..hoho..tapi...walau apa pon..kursus ni sebenarnya best jugak walaupun x dak kawan kan..dalam dorm aku pun..ramai yang baik hati dan sporting..cuma aku ja yang kurang bergaul dengan diorang..aku bila time makan, perkara pertama yang aku akan fikir adalah, syahirah makan tak lagi..sebab dia x dak kawan langsung..jadi..ke mana saja dia pergi..mesti aku akan ikut dia...lebih-lebih lagi bila tiba nya time makan..huhu..selalu nya latihan aku akan habis lewat..jadi syahirah kadang-kadang dia balik ke dorm dahulu..x pun dia jez tunggu ja kat tempat aku buat latihan..hmm..bila tiba ja malam terakhir kami kat sana..group based habis awal..group kawat pulak habis lewat..jadi.. aku terpaksa la jadi tugu peringatan kat pondok berhampiran dengan tempat banin buat latihan kawat..lama juga tunggu dia..jadi, disebabkan bosan punya pasal, aku pun ikut la mlmh hidayah dan mlmherni hantar baju kat budak TKRSM..pastu bila aku balik pun, group kawat banat x habis lagi..jadi tunggu lagi la aku..akhirnya diorang habis jugak..huhu..kami x terus balik ke dorm..sebaliknya dok kat pondok tu cerita la tentang latihan we all...setiap kali aku dengan syahirah jumpa je..sudah menjadi perkara asas untuk kami bercerita tentang latihan kami..huh..best gak laa..dan akhirnya kami dapat juga menjalankan tugas kami dengan baik juagk laa..hehe..lulus ka sampai tahap satu ka..janji kami boleh ajar budak-budak SMART dengan baik..kami akan pasti kan yang mereka dapat ilmu yang kami belajar di selangor selama 4 hari tu..itu janji kami..HIDUP BASED...(tu la yang dikatakan oleh tuan azrol fazli kami) dan HIDUP KRS Musleh..hoho
Posted by siti aishah ebnil hajar at 3:23 PM 1 comments
Labels: aktiviti SMART
Saturday, May 29, 2010
ADAKAH KAU LUPA_salahuddin al ayubi
Posted by siti aishah ebnil hajar at 10:27 AM 0 comments
Labels: relax...
Friday, May 28, 2010
Selamat Hari Guru
Sambutan hari guru yang sangat meriah kerana ini kali pertama sambutan hari guru diadakan..so fantastic..aku ditugaskan sebagai ajk bahagian hadiah..so aku laa yang kena tempah hadiah kat central square..pengarah program kami hazalif selaku ketua pengawas...dia sempat hadir jugak walaupun sibuk..bagus bagus..majlis ni diserikan lagi dengan persembahan setiap kelas dan guru guru..serta ucapan hari guru dri wakil kelas..wuh..best giler....selamat hari guru wahai guru-guruku...mlm haafizuddin,mlmh aziyah,mlmh atiqah,mlmh azizah,mlmh laila,mlm yusuff,ustaz fahmi, mlm badri dan mlmh shahidah...thanks so much because dah ajar kami...
Posted by siti aishah ebnil hajar at 7:38 PM 0 comments
Labels: hari sejarah..
Sunday, May 9, 2010
Saturday, April 17, 2010
Mukayyam dakhili 2010...
Mukhayyam dakhili dah pun berlangsung hari tu..memang best sangat..ye laa.. masa aktiviti yang kedua yang berlangsung pada pukul 2.30 pagi tu.. fuh.. dengan pangkat lans koperal..ana dengan kawan seangkatan dengan ana membantu bagi menjayakan aktiviti tu..kami jez tolong kacau orang ja..hehe..budak-budak lain semua kena jalan tutup mata..masa permulaan jalan dua orang pastu last sekali jalan berkumpulan,..time depa jalan kami semua ada la kacau habis-habisan..berdasarkan konsep disiplin dan kecergasan..huhu...bila kami kacau diorang..diorang punya marah sampai ada orang leh buat tendang layang..haha..ana pun ada gak la terkena tendang layang tu..ana pun ada kena tolak la kena gigit la...adoii...sakitnya tak terkira...haha..bila banin tengok reaksi banat, banin pun terkejut..'wush..hampa belajar karate bila haa??sampai tendang boleh sampai kat bahu..' pastu ada yang kata 'hampa ni ganas gak no..' malu jugak la bila banin kata macam tu..huhuhu...bila dah sampai ke destinasi, kami letak depa jauh dari orang..saja nk tengok... buat gempar diorang la..bila dah habis aktiviti tu, semua budak banat buat ahli mesyuarat tingkap..lepas selasai jer aktiviti tu, kami semua buat qiamullail berjemaah..lepas tu kami diberi minum air milo campur air radix campur air vico..haha..ditambah gula sedikit jer..kurang kan gula la konon nya..dan ditambah garam satu paket kot..punya la masin sampai nak termuntah pun ada..pagi-pagi dah kena minum air masin...kata staf sarjan dan tuan, puan..nak tambah tenaga la...haaaa...pastu kena habis kan air tu dan tak boleh ludah..haha...bestnyerr...kalau air tu tak habis, tak boleh ambil makanan..dengan hati yang berat..ana la orang yang kedua yang minum paling banyak..orang first nadhirah..dalam kumpulan ana la..kumpulan kami orang paling terakhir yang habiskan air tu..haha...sebab ramai yang tak nak minum...huhu..bila dah habis kami pun ambil la makanan,..bila kami makan, makanan pulak masuk angin..haii..dugaan tol..dah la makanan tu makanan rampasan..ramai orang yang bawak keropok la roti la biskut laa kerepek la..coklat cadburry, ferero rocher n kinder bueno pun ada..fuhh...hebat gak ar...itu jer yang best untuk nk dicerita..hehe..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 12:40 PM 0 comments
Labels: aktiviti SMART














