BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Saturday, February 19, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki!!


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Thursday, January 20, 2011

Happy Old Day!!

eid miladuncategorized.greeting






Happy Old Day Siti Aishah Ebnil Hajar.. on 19 january 2011 ari tu dah berlangsung la besday kau kan..walaupun tak dismabut macam anak orang kaya yang lain..haha..aku sambut simple jaa..tu pun sebab jannah yang beli kek kecik dari mak long dia untuk dijadikan kek besday aku..so sweet..besday aku orang yang fes wish fiezah..second jannah..third syuhada fom4..haha... hadiah tak la dapat banyak macam tahun lalu..tapi yang banyak is wish from budak-budak and cikgu aku...jannah kata nak bagi hadiah tapi maybe late sikit laa..k.aisyah bagi tempat letak pensel-pensel tu..fiezah kirimkan kek..afiqah bagi makanan...yang lain tu tak ingat deh..sorry..aku plak beli satu bar cadburry yang besar from langkawi...wow..aku memang nekad nak beli pun..rm9.00...aku korbankan duit makan aku..haha..aku harap aku akan jadi insan yang berguna..
wasalam...

Sunday, January 16, 2011

Apa Laa Nak Jadi!!!



bengang punya pasal..tahap kritikal...
 Huh..!! Budak baru pun dah pandai nak buat masalah...bawak anset laa...kaki kelentong laaa...coupling laa...all laa senang kata..pening kami satu asrama ni..terutamanya aku ngan jannah...kami ni pun tak la berjawatan tinggi pun...citer nye tentang kisah budak A ngan budak B dan juga budak C,...tapi bagi aku budak A ni la yang paling menyakitkan hati aku dan kaum kerabat aku...ada ker patut bawak anset..malam-malam kol balak..masa kami p tuisyen dia on kat kelas prep laa...adoi..budak zaman sekarang kan..pastu tipu pulak pasal ehem...hai..memang geram...bak kata kak sumaiyah tu..cakap keling..tak boleh percaya...kaki belit..naik menyampah gak r tengok dia...hai...pasai anset tu pun tak mau mengaku..memang nak kena giler...bayangkan la start wat soal siasat pukul 7 petang habis pukul 12.30..adoh..penat giler...tu baru kisah si A...yang si B dan C ni jadi kat sekolah..yang tu lagi laa teruk...libat kan guru disiplin...sampai masuk habis asrama sebab nak check betol tak anset diorang tu ada kat asrama...tu la..kan senang kalau cakap awal...tak la kna geledah segala macam harta yang dibawa tu...locker la...bagasi la...dompet la...penat oo,...pelik kan..orang yang cakap belit tu, tak penat ker?? kami yang dengaq pon, penat..ntah pa per laa..esok pulak kisah kat skolah..sport check 1 sekolah..penat giler...tapi dah amanah..kena jugak jalankan walupun pahit..huhu

About Assalamualaikum..!!



SIAPA
YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim
yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum”
dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap
iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW
akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
“Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud
“Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud
“Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

nasihat ini adalah untuk diri saya dan juga para pembaca,..
sekian

Saturday, January 15, 2011

Perlukah...!!!





LIRIK LAGU PERLUKAH

Menitis airmata ku
Hilangnya sahabat sejati

Yang dia dikau ku merindu
Persahabatan abadi



**Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni



*Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu


(ulang *, **)



lagu ni aku tujukan khas spesial punya tuk kawan-kawan terbaek aku...NURHAFIZAH AZHAN... HAIQAL HAKIMI... AISYAH IBRAHIM...JANNAH SAZALI...IRFAN NAIM...
hayati la ek korang...

Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru..!!

Assalamualaikum dan hai and welcome jugak to 2011.. Year may come..Year may go..When 2011 come..2010 may to go..macam tu la yang nak aku kata..tahun ni aku rasa macam semangat sikit nak belajar..haha..maklum la, tahun ni aku ngan jannah akan hadapi SMRA..harap-harap aku ngan dia dapat mumtaz..paling low pun kami dapat jaid jiddan..subjek SMRA baru start  tahun ni..so, blur pun ada gak ar..huhu..tapi orang kata.."HENDAK SERIBU DAYA..TAK HENDAK TAK PE.." azam aku kali..hurm...seret kasut sekuat mungkin..haha..tu azam kawan aku laa...azam aku banyak sebenarnya..salah satu nya..nak jadi pengawas yang berdedikasi..dah tak nak buat jenayah lagi..haha..bukan jenayah polis tu...jenayah aku jez masuk rekod disiplin ja..tapi tu taun lepas yang kes aku dengan rela hati dah buat pengorbanan menyedekahkan nama aku masuk dalam senarai orang-orang beriman..eh..orang-orang yang bawak anset..haha..padahal tu anset fizah..aku bawak pun tak kantoi gi naaa...huhu..bangga aku..papa pun tu citer lama...tak nak dah la kenang..orang cakap azam taun lepas pun tak terlangsai gi dah nak buat azam baru..apa pendapat??patut tak kita langsai kan dahulu azam taun lepas, baru kita wat azam baru...haaa..ignore that..apa yang penting taun ni aku mesti study smart...huhu..taun ni gak aku ingat nak jadi terbaek..and jadi pelajar yang bertamadun..juga sebagai pelajar yang memecah tradisi....aku pon sekarang ni automatik dah jadi salah satu saingan jannah toek-toek...haha..dia la yang gtaw aku.. nak wat cam na..nak orang nak bersaing kan..terima je laa..kan..kan..budak pandai tu..takot gak aku...dia dapat no 2..aku ni..berapa la sangat..rendah diri lak aku..tapi aku tak la sampai jadi rendah serendah aini..huhu...

Sunday, January 2, 2011

Kem Penara Ulu Yam!!

lambang I.S.A..
banat dari seluruh sekolah..
gabungan sekolah I.S.A..
Hah...walaupun letih tapi best giler kat sana..maklum laa..sekolah aku gabung ngan sekolah azhar dan irsyad..maka jadi laa I.S.A..haha..macam pernah dengar jaa...huhu,,...kat sana memang ada gak laa tension ni..ye ar..mana tak nya...semua pertandingan depa lepas kat aku...yang p kem tu aku, solehah, hanis, syuhada, irfan, yusuf, ersyad, muhammad, zul ngan khairul,..sepatutnya 7 banin..tapi hazalif tarik diri...apa sebab nya ntah laa...kami masa first berkumpul kat STAIL.. pastu pak cik yusoff hantar kami kat islah kol 10 malam...banin satu van campur ngan aku n hanis..syuhada ngan sol mesti laa tak mau naik ngan banin kan...huhu...masa on de way nak p tu memang bising dalam van tu...maklum laa...malam tu kan malaysia lawan ngan indonesia...malaysia menang...haha...pastu enset irfan lak dok bunyi...memang bising gilaa laa...aku masa dalam van tu layan perasaan ja laa...jannah kat asrama tak dak kawan..pastu nangis lak masa kami nak p islah...huhu..bila sampai islah...nampak tak dak orang g..tapi lama-lama budak islah pun keluar mai nak tengok batang depa..fuh...gila punya banyak berbanding barang SMART...haha...kami nya sikit ja...bertolak g selangor kol 11.30...lambat gak laa...tunggu azhar...n nak boh barang gi kan...sampai kat sana kol 4 pagi...p solat subuh kat masjid mana dak tau... pastu makan...pergh...pagi-pagi kedai tu dah jual tom yam...haha..ikut hati nak ja beli tom yam...bungkus wat bekalan kat kem..haha...tapi depa semua beli roti canai ja...so..tak kan aku nak wat pecah rekod makan nasi tom yam pagi-pagi buta kot...bila dah sampai kat kem tu..kami kena daftar dulu...tuk dapat tapak nak wat projek perumahan selama 4 hari...SMART 1 khemah azhar 1 khemah gak...irsyad 3 khemah..aku jadi ketua.. semua dok tolak aku jaa...tak kan nak suruh orang len..depa semua tak mau...tinggal aku ja...pertandingan based kami tak masuk..tapi aku masuk pertolongan cemas ngan ikatan...yang tak masuk pertandingan syuhada sorang ja...dalam pertandingan LDK.. kumpulan yang bernama kilo zulu n kaizen menang tempat pertama dan kedua dalam obrace n apa ntah nama satu lagi tu..huhu..tak ingat...sory...last sekali yang aku nak cakap..nilai yang aku sempat kutip laa...nilai ukhuwah yang tinggi kat sana...huhu..yang len tu terabur kat mana ntah..haha..k..sekian..