Sunday, April 4, 2010
Ma'as salamah ya muallimah..
Salam wida' ku ucapkan kepada muallimah nur hazwani bt hamid yang telah meninggalkan kami budak-budak smart ni..rasa rindu pula akan kecomelan wajahnya, gurauan serta kata-kata nasihat darinya..pertemuan dan perpisahan kami dengannya telah tertulis di lauh mahfuz..hadirnya tanpa disedari..pemergiannya tanpa pinta..ya Allah..semoga dia sentiasa dilimpahi nur kasih-Mu..gambar kat atas tu ciplak dari facebook mllmh..hehe...yang pakai baju pengantin tu la mllmh wani..herm..comel kan??!! kelembutannya selembut softlan..haha..walaupun ana tak serapat macam budak form 4, tapi ana dapat merasakan kemesraan yang mllmh tonjolkan kepada sesiapa yang mengenali dirinya..kami budak form 3 memang happy bila mlmh bertugas jaga kelas hafazan pada waktu petang..ye la..mana tak best nyer..setiap kali mlmh masuk ja kelas, kami akan buat ahli mesyuarat tingkap..haha..memang best sangat dapat sembang dengan dia..sama juga dengan mlmh atiqah..bila masuk kelas, kami akan berborak sekejap..tapi bila time mlmh aziyah jaga..semua tunduk tengok al-Quaran..haha..sebab takut nanti mlmh berleter..tapi mlmh aziyah pun sporting juga..time mlmh laila jaga buat pertama kalinya, kami dengar cerita pasal kehidupan mlmh..sekarang ni boleh dikatakan semua guru kat smart memang spotring,..hehe..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 1:00 AM 0 comments
Labels: hari sejarah..
Friday, April 2, 2010
Sejarah april fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.
Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”
Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.
Posted by siti aishah ebnil hajar at 10:18 AM 1 comments
Labels: patut atau tidak
Saturday, March 20, 2010
Cuti seminggu..
Cuti seminggu ni rasa sekejap saja..walau apa pun, cuti kali ni tetap ana manfaatkan dengan akitiviti indoor seperti TIDUR..hahaha..tak la teruk sangat..bila hari pertama cuti tu, ana dah dapat tender jadi house manager..jadi suri rumah dan chef pada waktu pagi dan petang saja..hehe..boleh jadi isteri dah ni..kah kah kah..just kidding..tak la fikir sampai ke situ..cuti seminggu ni jugak ana buat lawatan kat kedai runcit..tengok, ada apa laa kat kedai tu..herm..dok rumah hari dah ada jadual dah..bangun pagi solat subuh sorang-sorang, tolong mak iron baju, buka tingkap dan langsir, pastu ikut mood tidur balik ka, nak terus buat kerja ka.. tapi kalau sambung buat kerja, ana akan kemas ruang tamu, pastu basuh baju, sapu sampah kat luar, basuh baju, kemas dapur, sidai baju dan buat sarapan untuk ana dan abang ana.. bila pukul 11 sampai 12 tengah hari, ana akan terpacak kat depan tv tngok citer Mutiara di tv9.. pas habis citer tu sambung plak kerja iaitu buat makanan tengah hari..hehe..12.30 terpacak lagi depan tv tengok citer Laila Majnun sampai pukul 1.30..pastu makan and then terus tengok my favourite drama..Tasbih Cinta.. lepas habis cerita tu baru laa buat aktiviti bebas iaitu solat and sleep...tapi kadang-kadang tu mesej dengan kawan-kawan..bila malam, lebih suka terperuk dalam bilik..melayan perasaan..ceii..bila rasa bosan, kacau la kawan-kawan yang ada kat rumah..hahaha..begitu la jadual ana setiap hari..dan hari-hari juga ana kena berleter dengan mak ana sebab nya..macam-macam..haha..harap-harap ana dah ready la hendaknya nak balik ke sekolah..hehe..k..kat sini dulu..assalamualaikum...dan salam satu blog..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 5:11 PM 1 comments
Labels: it's me...
Friday, March 19, 2010
Majlis maulidur rasul..
Baru-baru ni smart (sekolah menengah arab tahfiz) telah mengadakan maulidur rasul.. meriah la jugak.. majlis ini diadakan bertujuan supaya kita memperingati hari kelahiran kekasih allah, nabi akhir zaman.. tanpa nabi muhammad S.A.W, kita masih lagi berada dalam keadaan yang tidak tahu apa itu islam.. kita seharunsya bersyukur dengan nikmat islam yang diberi kan oleh allah.. hari ini ana bersyukur kerana bila bangun pagi tadi.. aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup serta beribadah kepada-Nya.. eh..eh.. tersasar dari tajuk pula.. majlis itu diserikan lagi dengan pertandingan nasyid dan syarahan bahasa arab dan bahasa melayu.. walau pun majlis ini di buat secara sederhana..tapi ia cukup meriah.. selain itu juga, pertandingan membuat banner juga diadakan sebelum majlis tersebut..hal ini kerana takut tak sempat kalau ianya buat sekali..hehe..kumpulan ana buat banner yang paling simple..hahah..masa nak buat tu, ya allah..hanya Dia saja yang tahu betapa sedihnya..betapa geramnya bila time nak habiskan sisa-sisa baki banner yang tak siap tu, warna kumpulan kami hilang..dah la fed up pasal tulisan kat banner tu salah..haaa,.. ni pula ditambah dengan warna hilang..selepas penat mencari, akhirnya salwa, bukan kumpulan ana la, dengan baik hatinya bagi la pinjam warna kumpulan mereka kat kami..syukur tak terkira..bila dia dah bagi..ana kata la kat solehah,kumpulan ana.. " eh..kak sol, ni bukannya warna kumpulan kita ka??" lalu solehah pun berkata "eh..ye laa...hampa curi warna kami ka??" salwa pun pelek.. dia pun membela lah diri.. "eh..mana la ana nak tau..kak bustan yang ambil warna tu masa nak buat banner kami..ana tak tau apa.." ana dan solehah masing-masing tepuk dahi..alamaaak... warna aku... dengan hati yang tenang dan tersenyum.. "tak pe la kak sol..dugaan la tu.." solehah pun kata "ya la..allah nak uji la tu.. hmm... halalkan je la warna tu.." aku pun menjawab.. " ok lah..halal je la.." salwa pun masuk la asrama...tinggallah ana, solehah,hafizah,jannah,dan izzati habiskan banner kami yang tak siap lagi..jannah dengan izzati kumpulan lain..kami buat banner kat luar asrama sampai la pukul 1.30 pagi..tapi masa tu yang tinngal ana, izzati dengan jannah ja..yang lain dah mengantuk terus tidur kat dalam asrama.. akhirnya siap juga la banner kami..tapi ana langsung tak harap banner kami yang menang..hehe..hari yang sama juga..nasyid banat diadakan dia library..hah..masa tu memang ana harap nasyid kumpulan kami yang menang..hahaha..ana tak nasyid pun, just main muzik ja..haha..kepuusannya adalah kumpulan nasyid kami mennag dan banner kumpulan jannah dan izzati menang..masa majlis tu..pengarah program kami,puan nur hazwani tak hadir sebab nak menyiapkan persiapan kahwin nya yang berlangsun pada 14 mac ari tu..SELAMAT PENGANTIN BARU..majlis diakhiri dengan bacaan doa dan pengumuman dari muallin yusuff selaku naib pengetua smart..muallim gitaw yang cuti ni jangan lupa baca al-Quran..dan pengumuman bahawa muhammad ersyad b abdullah telah layak masuk musabaqah ke peringkat kebangsaan mewakili sekolah smart dan negeri pulau pinang..harap-harap ersyad berjaya juga sama macam musabaqah peringkat daerah..amin..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 12:39 AM 0 comments
Labels: aktiviti SMART
Thursday, March 18, 2010
Pqenchip poqeber..
pqenchip poqeber (friendship forever..)
Sahabat adalah teman yang berada dikala susah dan senang.. apa gunanya kawan yang hanya ada jika tidak mampu menolong kawannya yang berada dalam kesusahan.. betul tak?? kita perlukan kawan untuk kita mencurahkan perasaan kita kepada si dia.. world like hell without friends.. sedangkan rasul kita mempunyai sahabat bagi menyokong dakwah rasul, inikan pula kita.. kawan sememangnya banyak..belungguk..berterabur sana sini.. tapi kita kena pandai pilih kawan.. ada kawan yang buat kita jadi baik dan ada kawan yang buat kita jadi jahat.. kita remaja ni mudah terpengaruh oleh godaan syaitan.. kawan adalah golongan pertama yang boleh mempengaruhi fikiran kita..kawan, sahabat.. lain maksudnya..
aisyah,jannah,syahirah, fizah dan aku berkawan rapat semasa tahun 09.. eh.. tahun lepas la.. kami rapat sebab kami rasa kami faham antara satu sama lain..kami boleh dikatakan juga satu kepala.. keinginan kami berlainan dari orang lain.. kami ni unik sikit..hehehe.. perasan sikit.. tapi kami mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada.. itulah anugerah yang allah bagi kepada hamba-Nya.. semua ada kelebihan dan ada keburukkan.. itu sudah menjadi fitrah.. kami berlima selalu diuji dengan perlbagai dengan cabaran hidup.. kadang-kadang ada juga yang jealous dengan kami.. tapi kitorang buat tak tahu je la..hehe.. walau apa pon.. kami akan terus berkawan sampai bila-bila.. dan berharap agar persahabatan kami kekal dunia akhirat dengan keredhaan-Nya..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 8:34 AM 2 comments
Labels: pqenchip poqeber
Saturday, March 6, 2010
Berakhirnya sukan..
| hazalif sebagai olahragawan,.. |
| syuhada sebagai olahragawati.. |
| rumah kuning masa perarakan.. |
Sukan dah pon berlalu.. keputusan nya rumah biru menjuarai sukan pada tahun ni..huhu..kesian nya rumah kuning..haha..aku punya la harap rumah kining menang..tapi hampa gak ar..perbarisan pun x menang.. aduhai..penat lelah kami sampai tido pun pukul 1.35 pagi..ye la..punya takut kot-kot esok perbarisan kami yang paling kolot..tapi berkat hasil usaha kami, dapat la jugak nombor 2..hahaha..a..aku pula..tak dapat pun emas..cuma ada perak dan gangsa,..emas semua nya syuhada yang bolot.. tapi bagi aku..kuning menang kalau dikira bagi sekolah menengah ja..ni mata dikira sekali dengan sekolah rendah dan pra..memang la kalah..hehehe..walau apa pon..best jugak la sukan tahun..yang x best nya larian bagi banat x ada.. so sedih sikit laa..huhu..aku dapat dalam 6 atau 7 medal gak ar..banyak nya..sampai nak patah tengkuk bila aku try pakai semua medal tu.. huhu..olahragawan dapat kat hazalif dan olahragawati dapat kat syuhada..a perfect match..hahaha..jangan marah ar..gurau ja..
apa apa pun..sukan ni merapatkan ukhwah kami satu sekolah..membuatkan kami bersatu hatu..eh eh..jangan salah faham pulak..bekerjasama dalam apa jua keadaan..menang ka kalah ka..kami harungi bersama..dan alhamdulillah kami berjaya melakukannya..haha..dan yang paling penting ialah..bersukan kerana Allah..itu yang penting supaya kita dapat keredhaan-Nya...tak gitu..hehe..sukan yang berlangsung di stadium mppp kat kepala batas tu memberi kenangan pada aku..kenanagan manis ka pahit..hmm..senang-senang kenangan masam la..hahaha...sukan tahun depan aku akan pastikan rumah sukan aku menang..hehe.Insyallah..dengan izin Allah..k..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 9:39 AM 0 comments
Labels: aktiviti SMART
SATU PENANTIAN...
Aku hidup dalam satu penantian..penantian yang entah bila akan menjadi realiti..aku terus menunggu dan menunggu..saat bila aku boleh bertemu dengannya lagi..terkadang aku terfikir sejenak..aku ni syok sendiri ka??..huh..nak tergelak pulak..hehe..aku selalu ingat kat dia..tapi macam la dia ingat kat aku kan?...hmm..penantian satu penyeksaan..memang betul pun..aku ibarat menanti buah yang takkan gugur..akhirnya aku putuskan bahawa dia hanyalah hidup pada masa lalu aku..adakah aku ni hidup dalam fantasi ka?? PANGGG...owh...bukan-bukan..hehe..realiti laa..aku suka sangat berangan, tapi aku langsung tak berusaha untuk jadikan angan-angan aku tu menjadi realiti..itulah keburukkan aku..ish..ish..ish..begitu sukarnya alam remaja ni kan..terlalu mudah untuk para remaja sekarang tersasar dari jalan-Nya...sebab tu lah aku kena kuat..kuat untuk menghadapinya..aku sedang diuji tuhan..macam-macam masalah yang manimpa aku..tapi aku tahu..setiap ujian yang diberi oleh Allah..semuanya dapat aku hadapi..Allah takkan bagi ujian kepada hamba-Nya kalau mereka tidak dapat mengharunginya..betul??...ya..memang betul..hehehe,..ya Allah..Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini..Amin..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 3:12 AM 0 comments
Labels: nasib..nasib..
















