Raya tahun ni adalah raya serba sederhana bagi aku...maklum laa..tahun laaa...irst time aku tak tempah baju langsung...semuanya beli..aku sorang ja yang tak tempah baju raya...huhu..sedih gak...tapi tak pe laa...mak still lagi suruh p beli kat sungai petani...kat jam besar..huhu..baju warna merah campur warna kuning campur warna putih..haha...ingat nak beli baju warna pelangi...tapi mahal plak...kah kah kah...raya pertama aku jez raya kat rumah jaaa...sungai petani..maklum laaa...kampung dah tak ada....huhu....arwah tok-tok sebelah mak dan abah dah lame tak ada...dah lama pergi menghadap penciptaNya...sepi gak la bila tak beraya dengan diorang....masa kecik-kecik dulu selalu la kalut nak beratur depan arwah tok wan sebab nak duit raya..haha...bila teringat balek..kelakar pulak...tapi tu semua dulu...sekarang dah tak boleh nak rasa pengalaman macm tu dah...huhu...masa raya pertama tu, yang datang bertandang kat rumah aku is mak chaq sekeluarga...kakak kepada abah...pastu acu dengan mak su...adik kepada abah...and bapak sekeluarga...juga adik kepada abah... huh..meriah...ramai orang yang datang tuk berhari raya di rumah aku..sampai tak cukup tangan nak menghidang makanan...maklum laa...selaku tuan rumah kan...pagi tu aku pergi solat sunat hari raya denagn mak su...yang lain semua A.B.C...haha....duduk kat rumah masak...kami buat bihun sup ayam...kek coklat dan cheese...sedappp..
buatan sendiri la katakan..memang sedap sebab dapat menikmati juadah yang dibuat sendiri kan....pada pagi tu jugak kami dapat khabar yang kurang baik tuk keluarga besar kami ni...seseorang yang kami kenali telah pun menghadap ilahi...nama nak tulis pun tak tau..hehehehe..teruk tol laa...pastu kami terus pergi beraya rumah bapak...makan laksa...huhu...walaupun penat nak menunggu laksa tu masak..namun tetap juga siap pada pukul 6 petang...hahaha...aku sampai tertidur menunggu laksa tu...huhuu...masa nak balek tu, bapak dengan acu bagi duit raya..acu sepuluh bapak sepuluh...jadi la 20 ringgit dah..haha...raya kedua kami pergi raya di Lahar Kepar, Kepala Batas...rumah tok sebelah mak aku...first kami pergi raya rumah mak njang..sebab diorang dah nak balek Nogori dah..hehe..negeri sembilan...so, kami kena bergegas ke sana dulu laa...dapat la duit raya lima ringgit..haha...pastu raya rumah tok lang dapat la 9 ringgit...aaahhh..klau nak cerita pasal duit raya memang tak kan habes punyaa...hahaha....raya ketiga jez raya kat bukit selambau..raya keempat baru raya kat alor star...rumah acu ngan mak chaq...huhu...itu la yang nak dikongsikan...sambutan hari raya yang ke 2010...huhu...
Tuesday, September 14, 2010
Raya...Oh Raya!!!
Posted by siti aishah ebnil hajar at 2:54 PM 0 comments
Labels: rayaaa...
Wednesday, September 8, 2010
Ramadhan dah nak pergi...
Haaa...dah nak raya rupanya...huhu...makna nya tirai ramadhan makin dah nak tertutup..Ya Allah..sekejap rasanya berpuasa..harap-harap..puasa kita juga amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini..diterima oleh nya...bulan ni laa bulan yang terbaik untuk kita membersihkan diri serta jiwa kita yang dikelilingi oleh dosa dan noda..betapa kerdil nya diri kita ya di hadapan Allah...buat baik tak banyak mana pun..amalan lagi laa...tapi ada hati nak bersenang-lenang dan berjalan kat atas bumi ni dengan angkuh dan bongkak...sedar lah diri kita ini... tidak semestinya jika kita beramal seribu tahun pun..itu belum menjamin kita untuk masuk ke syurga kan...bahkan..nak bayar untuk sebiji mata kita pun belum lagi terbayar...kita juga pernah mendengar cerita tentang seorang yang rajin beribadah kepada nya selama bertahun-tahun lamanya..dan apabila dia meninggal dunia...dan juga semasa perhitungan amalan nya..Allah bertanya...adakah engkau mahu masuk ke syurga-Ku melalui amalan mu atau melalui nikmat-Ku??? dia pun menjawab..tidak..aku mahu masuk syurga melalui amalan ku sepanjang hayatku..Allah pula berkata..kalau begitu..masuk lah kau ke neraka-Ku...kerana amalan mu tidak cukup untuk membayar sebiji mata mu itu..lelaki itu terkejut lalu menyedari akan keangkuhan nya itu..lalu berkata..baik lah..aku mahu masuk ke syurga-Mu melalui nikmat-Mu..
sedangkan lelaki itu beribadah sepanjang hayatnya itu pun boleh masuk neraka...inikan pula kita...renung-renungkan laa..SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT MENGAKHIRI BULAN RAMADHAN INI DENGAN SEBAIK NYA..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 6:15 PM 0 comments
Labels: ramadhan
Wednesday, September 1, 2010
Kad Rayaaa..!!!
Bulan ramadhan dah nak tutup tirai..kini bulan syawal pula nak buka tingkap..huhu...makna nya sekarang ni mungkin umat Islam kat seluuruh dunia sedang mengejar malam seribu bulan..iaitu malam lailatul qadr..yakni 10 malam yg trakhir....ada sgelintir diantara kita yang sudah mula saling mengutus kad raya..begitu juga aku..hehe..masih tidak lupa akan tradisi lama..main bagi-bagi kad raye..tapi tahun ni lain sikit..semua kad raya yang aku bagi adalah semuanya yang dikitar semula..mak ada bawa balik kad raya from office..JKR kepala batas..kad-kad tu semua ok lagi..cuma perlu decorect yang mana patut ja...lagi pun kad-kad tu semua cantik and nampak mahal jer.huhu..ok la tu kan..jimat sikit tahun ni..masa cuti sekolah yang singkat itu, time tu la aku, jannah dan aisyah sama-sama men-decorect kan kad raya tu..tapi yang paling banyak bagi kad raya aku laa..aku bagi kat semua muallimah SMART, pengetua kami, dan juga keng kawan yang aku rapat...penat jugak laa buat kad raya tu..namun, teringatkan kawan-kawan..fuh..makin bersemangat lagi laa...lagi pun..raya setahun dua kali jaa..hehe,..apa salah nya..bermaaf-maafan kan..walaupun kita tahu lepas ni kita akan buat salah lagi..tapi itu tidak bermakna kita tak payah nak minta maaf kat si dia..sekurang-kurangnya minta la maaf jika kita mulai sedar atas keterlanjuran kita...ikhlas ke tak ikhlas ker..itu bukan kerja kita..yang nak menentukan keikhlasan kita adalah hati kita..orang lain tak kan tahu..kecuali Allah..huhu...wahai pembaca-pembaca sekalian..tidak salah jika kita meminta maaf...kan elok amalan tu..tapi jangan laa ada niat yang tak baik disebalik nak minta maaf tu sudah...sebenarnya..aku pernah melalui pengalaman dimarahi kerana sekeping kad raya...si dia cakap kad raya ni mesti nak minta maaf..tak pe..saya dah maaf kan kamu dengan rela dah...time tu, Ya Allah..hanya Dia saja yang tahu betapa malu nya aku kat situ..kad raya kat tangan aku tak disambutnya dengan gembira...kecewa pun ada sebab kad tu aku buat dari malam sampai ke sahur...tak tidur pun sebab exited nak bagi kepada si dia..aku datang dengan hati yang berbunga kepada si dia nak bagi kad raya tu...tapi aku pulang dengan perasaan yang berduka...namun aku hanya mampu tersenyum kelat kepada nya...pelajaran aku seharian di sekolah aku lalui dengan perasaan 'BAD MOOD'..tumpuan aku melayang entah ke mana...memikirkan akan perkara yang telah terjadi pada ku...hai..nasib badan laa siti aishah oi..huhu...peristiwa tu hampir men-spoil-kan mood aku nak beraya ja tahun ni..tapi aku perlu lupakan peristiwa tu..jez ambik sebagai pengajaran jaa...huhu...
Posted by siti aishah ebnil hajar at 5:04 PM 1 comments
Labels: rayaaa...
Saturday, August 21, 2010
Kenapa tak rogol saya??
KENAPA TAK ROGOL SAYA???
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
Posted by siti aishah ebnil hajar at 2:09 PM 0 comments
Labels: relax...
Friday, August 20, 2010
Tragedi Berbuka Puasa..!!
Nak tergelak pun ada bila teringat tragedi bila buka puasa bersama keng kawan aku.. aisyah, hafizah, jannah, izzati, aini dan aku..kami ambil dua talam..bermakna satu talam tiga orang laa..masa tu kami makan lauk telur ke ayam ntah..tapi yang pasti kami makan udang..aku ada bawa bekal dari rumah..masak sendiri ar...ikan bilis sambal..huhu...bila dah hampir nak berbuka..aini dan hafizah main..hafizah tak sengaja tertolak aini sampai air dalam cawan tertupah.. mujur laa air tu tak membuat lintas tabit kat kitorang.. alamatnya nanti baju kami jadi kain buruk laaa.. pastu.. bila air dah tumpah..mesti la kena ambik kain buruk lap.. bila aisyah dengan jannah suruh dia ambik kain buruk..ada ke patut dia boleh buat keras macam batu..tapi yang nak tergelaknya.. muka dia dah pucat... dia kata "Tak mau..Haa..Nak nangiiisss" haha..semua orang tahan ja gelak.. tapi last skali gelak jugak ar.. tengok muka merah padam... hah.. apa-apa je la fiezah oit..bila kita berbuka pose ramai-ramai..memang nikmat kan...tambahan pula bila kita makan dalam talam bersama..fuh.. mengeratkan ukhwah..hoho... masa nak habis dah waktu untuk kami makan, kami pon angkat la talam kami..bukan nak p letak talam tu kat tempat yang disediakan, tapi kami nak p tambah makanan..huhu..tambah udang saja.. masa tu kami memang gila udang.. mana tak nya... udang tu dah manis... fuh..nikmat kalau makan.. kumpulan kami ja orang yang terakhir..udang dalam talam kitorang pun menimbun.. mak cik kantin pun dah berleter kat kami time tu sebab kami lambat makan sangat..huhu...yang tu je la nak cerita...
Posted by siti aishah ebnil hajar at 11:45 PM 0 comments
Labels: pqenchip poqeber
NowSeeHeart_Kuharap Cinta..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 9:52 PM 0 comments
Labels: relax...











.jpg)
.jpg)
.jpg)




