BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Saturday, August 21, 2010

Kenapa tak rogol saya??

KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Enjit enjit semut - Malaysia Song

Friday, August 20, 2010

Tragedi Berbuka Puasa..!!

Nak tergelak pun ada bila teringat tragedi bila buka puasa bersama keng kawan aku.. aisyah, hafizah, jannah, izzati, aini dan aku..kami ambil dua talam..bermakna satu talam tiga orang laa..masa tu kami makan lauk telur ke ayam ntah..tapi yang pasti kami makan udang..aku ada bawa bekal dari rumah..masak sendiri ar...ikan bilis sambal..huhu...bila dah hampir nak berbuka..aini dan hafizah main..hafizah tak sengaja tertolak aini sampai air dalam cawan tertupah.. mujur laa air tu tak membuat lintas tabit kat kitorang.. alamatnya nanti baju kami jadi kain buruk laaa.. pastu.. bila air dah tumpah..mesti la kena ambik kain buruk lap.. bila aisyah dengan jannah suruh dia ambik kain buruk..ada ke patut dia boleh buat keras macam batu..tapi yang nak tergelaknya.. muka dia dah pucat... dia kata "Tak mau..Haa..Nak nangiiisss" haha..semua orang tahan ja gelak.. tapi last skali gelak jugak ar.. tengok muka merah padam... hah.. apa-apa je la fiezah oit..bila kita berbuka pose ramai-ramai..memang nikmat kan...tambahan pula bila kita makan dalam talam bersama..fuh.. mengeratkan ukhwah..hoho... masa nak habis dah waktu untuk kami makan, kami pon angkat la talam kami..bukan nak p letak talam tu kat tempat yang disediakan, tapi kami nak p tambah makanan..huhu..tambah udang saja.. masa tu kami memang gila udang.. mana tak nya... udang tu dah manis... fuh..nikmat kalau makan.. kumpulan kami ja orang yang terakhir..udang dalam talam kitorang pun menimbun.. mak cik kantin pun dah berleter kat kami time tu sebab kami lambat makan sangat..huhu...yang tu je la nak cerita...

NowSeeHeart_Kuharap Cinta..

Wednesday, August 18, 2010

Masuk e-Pustaka..!!

Hari ni aku serta geng sekelas aku masuk e-pustaka...fuhh...seronok gak laaaa...ni pun tulis kat dalam e-pustaka...haha...dalam jadual yang ada kat perpustakaan, SMART tak boleh naik..tapi hari ni..Allah nak bagi rasa macam mana rasa naik e-pustaka kot..huhu...nikmat gak ar walaupun sekejap jaa... mula-mula budak laki dulu yang masuk..pastu baru laa budak perempuan pulak yang masuk..walaupun sempit dan internet tak semua laptop ada..tapi di sebabkan ukhwah fillah kami..kami share laa internet..huhu...and kalau diorang tak nak buka internet, diorang buka lah game apa-apa pun..haha...guru yang bawa kami, muallimah hidayah..asal-asal nya waktu tu masa muallim kamil...tapi muallim tak mai..so..ganti laa dengan kelas internet..huahua...pengalaman baru laa tuk kami semua..

Wednesday, August 11, 2010

Innalillah...wahai rabbit ku...

Sedihnya...mengenangkan arnab aku yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu...ohooo...kini, hanya tinggal seekor saja lagi rabit ku yang bernama 'siti'...aiseh..nama sama macam tuan ni..tak haci ni...huhu..

aku dapat tahu arnab aku mati masa aku dalam perjalanan pulang ke rumah...dalam kereta tu hanya aku dan mak aku sahaja...setelah lama kami berdiam diri..akhirnya mak pun mula bersuara..."arnab siti mati sekor.." aku pun ter- nga alif nga alif laa...(ternganga)..huhu..."biar betul mak..bila dia mati?? kenapa dia mati??" bertubi-tubi soalan aku..huhu...pastu mak pun jawab laa "mak pun tak tau sebab pa dia mati..dia mati ari tu..mak balik keja tengok-tengok dia dah mati.." uhukk..sedihnya..bila balik ja rumah, terus p kat sangkar diorang..tengok-tengok yang mati tu 'mya'.. aku terserempak dengan ayah aku..lalu aku pon tanya la ayah aku.."abah..kenapa rabbit tu mati..??" pastu ayah aku pun jawab " ari tu mak bagi rabbit tu makan dedak ayam..pastu rabbit tu sakit perut terus mati.." bila aku dengar pun dah nak tergelak pulak..hahaha...sebab tu rupanya...aku ingatkan mati disebabkan putus cinta,..huhu..merepek ja aku ni...rabbit oh rabbit..ke syurga la kau yer...rabbit rabbit ku...selamat menyambut bulan pose yer..pastikan puasa tu penuh..tak mau yang sekerat harinya...tak main laa..nanti save sikit dedak arnab tu..huahuaaa....kepada cik ku...selamat berpuasa jugak...nanti jangan lupa balek rumah pegi solat terawikh..jangan asyik nak jalan-jalan cari awek jaa...huhu....kepada cik mupan..(musang)...selamat menyambut bulan ramadhan gak yer...main-main gak..jangan sampai bagi bumbung rumah aku bocor sudah...and jangan curi makanan bukak pose kitorang yer,..huhu..kepada cik yam...selamat berpuasa..jangan lupa gerak kitorang bersahur yer..nanti sama-sama kita bersahur...dan jangan nak curi-curi bukak pose lak... kepada cik mut..satu jer pesan..jangan hancuri makanan ku yer...SELAMAT BERPUASA YAA SEMUA....!!!!

Sunday, August 8, 2010

Cinta Sang Pencinta...!!!

Sebenarnya dalam hidup kita..perkataan cinta sememangnya wujud...cinta banyak cabangnya...cinta hamba kepada pencipta-Nya....cinta seorang umat kepada Rasulnya...cinta seorang anak kepada ibu bapanya...cinta seorang insan kepada sahabatnya...cinta seorang kekasih kepada kekasihnya...dan banyak lagi bahagian cinta... dalam diri kita..kita mahu diri kita disayangi dan dicintai...perasaan suka atau sayang itu fitrah dalam hidup kita..tanpa perasaan itu semua, hati kita mungkin menjadi seperti batu...sekarang ni sudah ramai remaja bercouple...couple disisi Islam haram sebenarnya...tapi usul itu tidak pernah diambil berat oleh mereka...kita hanya mampu menegur dan berdoa agar mereka itu mendapat nur daripada-Nya...perasaan suka dan sayang kepada seseorang yang bergelar bukan muhrim seeloknya disimpan sahaja dalam hati..kerana ganjaran bagi mereka itu adalah syurga...memang sukar untuk kita memendam rasa itu seorang diri, namun..kita seharusnya berusaha agar kita dapat memendam rasa itu..kalau tak dapat memendam seorang diri pun...carilah rakan atau sesiapa sahaja yang anda percayai...dalam percintaan, semuanya indah belaka...bila si dia buat something yang menyakitkan hati...kita buat tak endah saja...tapi bila dah break out...mula la syaitan berbisik ke telinga...menyuruh buat sesuatu yang melanggar hukum syarak seperti membunuh orang, menyimpan dendam, bunuh diri dan sebagainya...di sini ada lirik nasyid..dari in-team dan mestica..






cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
 
begitulah cinta yang diidamkan 
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula 
kerana bercinta 
kita pun leka
entah ke mana
dan jangan pula 
kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


cuba hayati lirik nasyid ini..banyak faedah nya...dan mari lah sma-sama kita hayati...semoga dengan ini membuatkan kita lebih komited dalam menangani isu couple ini...huhu

Saturday, August 7, 2010

Ayam Oh Ayam..!!

ayam atau burung??huhu

Hah...teringat cerita sebalik gambar ni..huhu...nak kata ayam pun boleh burung pun boleh..tapi aku lebih suka panggil ayam...haha..reka sendiri..save bajet..kalau nak beli ayam betul..kang nanti tak terjaga pulak ayam ni..ye laa..kat rumah dah boleh buat mini zoo dah...nyamuk pun ada..lalat pun ada..semut, lipas, cengkerek, katak, ayam, arnab, musang...fuh..cukup pakage ni nak wat zoo..haha...ayam yang aku buat ni takkan aku lupa sampai bila-bila..ayam ni laa...aku dok main dengan kawan aku..dok sakat dia...tapi setakat tahun ni je la aku boleh sakat dia...sebab nanti dia dah nak pindah dah...biar lah dia nak kejar cita-cita dia...semoga dia maju jaya dah la...tinggal lah lagi sorang kawan aku tu..selalu nya aku dengan fiza selalu sakat diorang..tu pun kalau diorang dok sebelah menyebelah laa... diorang sporting sikit..haha...papa je la...tu ja nak kongsi...

Friday, August 6, 2010

Nak Puasa Dahhh!!!

Alhamdulillah wa syukurillah kerana Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk berpuasa lagi...tak sabar-sabar rasanya nak puasa...haaaa...rasa macam nak lompat ala-ala ribena jaa...tahun ni puasa pertama insyallah bersama parent and my beloved brother..kakak still kat shah alam meneruskan pengajian..selamat berpuasa aku ucapkan tuk kekawan, guru-guru, saudara-mara, seluruh umat Islam di seluruh dunia ni dan juga ANDA... puasa bagi penuh naa...huhu...puasa ni sebenarnya banyak kebaikan dan and tak perlu risau sebab..tak ada lagi sejarah yang orang puasa mati kebuluran..jangan risau yer...Allah meletakkan sesuatu perintah tu semuanya ada kebaikkan tersendiri dan tak pernah nak bagi hamba-Nya susah..solat pun sama..solat tu pun ada kelebihan tersendiri jika dikaji balik..membaca basmallah semasa nak minum pun..ada kebaikannya..teringat lagi masa zaman budak-budak...nak buka puasa tapi tak nak bagi orang nampak..last sekali pakat dengan sepupu nak buka puasa berjemaah..kami pun mintak la keizinan kat arwah tok nak mandi kat luar..pastu arwah tok bagi laa...kami punya la seronok..kami pun bergegas keluar rumah nak mandi..time kami nak mandi tu, kami terfikir jugak..macam mana nak minum air..nanti orang nampak..fikir punya fikir..lastly aku sendiri yang tolong bagi idea..aku kata kita mandi sambil sedut air..haha...pandai tol aku bab tu..kami pun setuju laa nak buat..lega.. sebab akhirnya dapat jugak berbuka puasa berjemaah.. tapi lepas tu arwah tok aku tahu tembelang kami...adoi.. tapi arwah tok aku tak marah sebab maybe faham yang kami ni still budak-budak lagi kot..huhu..tapi berita tu tak la mengejutkan kami..tapi yang lebih buat kami terkejut beruk ialah bila time kami p kedai, ada orang tegur kami...haa...tak puasa..minum air masa mandi..aik..macam mana pak cik tu boleh tau..kami pun menggaru kepala la alamatnya..kami malu dan terus balik rumah...mulai saat tu..kami dah tak buat dah kerja tu..haha..lawak la pulak...kenangan yang tak boleh aku lupa..huhu...selamat berpuasa yerp..