Hari ni aku serta geng sekelas aku masuk e-pustaka...fuhh...seronok gak laaaa...ni pun tulis kat dalam e-pustaka...haha...dalam jadual yang ada kat perpustakaan, SMART tak boleh naik..tapi hari ni..Allah nak bagi rasa macam mana rasa naik e-pustaka kot..huhu...nikmat gak ar walaupun sekejap jaa... mula-mula budak laki dulu yang masuk..pastu baru laa budak perempuan pulak yang masuk..walaupun sempit dan internet tak semua laptop ada..tapi di sebabkan ukhwah fillah kami..kami share laa internet..huhu...and kalau diorang tak nak buka internet, diorang buka lah game apa-apa pun..haha...guru yang bawa kami, muallimah hidayah..asal-asal nya waktu tu masa muallim kamil...tapi muallim tak mai..so..ganti laa dengan kelas internet..huahua...pengalaman baru laa tuk kami semua..
Wednesday, August 18, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Innalillah...wahai rabbit ku...
Sedihnya...mengenangkan arnab aku yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu...ohooo...kini, hanya tinggal seekor saja lagi rabit ku yang bernama 'siti'...aiseh..nama sama macam tuan ni..tak haci ni...huhu..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 10:02 AM 3 comments
Labels: binatang ku
Sunday, August 8, 2010
Cinta Sang Pencinta...!!!
Sebenarnya dalam hidup kita..perkataan cinta sememangnya wujud...cinta banyak cabangnya...cinta hamba kepada pencipta-Nya....cinta seorang umat kepada Rasulnya...cinta seorang anak kepada ibu bapanya...cinta seorang insan kepada sahabatnya...cinta seorang kekasih kepada kekasihnya...dan banyak lagi bahagian cinta... dalam diri kita..kita mahu diri kita disayangi dan dicintai...perasaan suka atau sayang itu fitrah dalam hidup kita..tanpa perasaan itu semua, hati kita mungkin menjadi seperti batu...sekarang ni sudah ramai remaja bercouple...couple disisi Islam haram sebenarnya...tapi usul itu tidak pernah diambil berat oleh mereka...kita hanya mampu menegur dan berdoa agar mereka itu mendapat nur daripada-Nya...perasaan suka dan sayang kepada seseorang yang bergelar bukan muhrim seeloknya disimpan sahaja dalam hati..kerana ganjaran bagi mereka itu adalah syurga...memang sukar untuk kita memendam rasa itu seorang diri, namun..kita seharusnya berusaha agar kita dapat memendam rasa itu..kalau tak dapat memendam seorang diri pun...carilah rakan atau sesiapa sahaja yang anda percayai...dalam percintaan, semuanya indah belaka...bila si dia buat something yang menyakitkan hati...kita buat tak endah saja...tapi bila dah break out...mula la syaitan berbisik ke telinga...menyuruh buat sesuatu yang melanggar hukum syarak seperti membunuh orang, menyimpan dendam, bunuh diri dan sebagainya...di sini ada lirik nasyid..dari in-team dan mestica..
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
dan jangan pula
entah ke mana
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 1:05 AM 0 comments
Labels: cinta dan sahabat
Saturday, August 7, 2010
Ayam Oh Ayam..!!
Posted by siti aishah ebnil hajar at 3:05 PM 0 comments
Labels: pqenchip poqeber
Friday, August 6, 2010
Nak Puasa Dahhh!!!
Alhamdulillah wa syukurillah kerana Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk berpuasa lagi...tak sabar-sabar rasanya nak puasa...haaaa...rasa macam nak lompat ala-ala ribena jaa...tahun ni puasa pertama insyallah bersama parent and my beloved brother..kakak still kat shah alam meneruskan pengajian..selamat berpuasa aku ucapkan tuk kekawan, guru-guru, saudara-mara, seluruh umat Islam di seluruh dunia ni dan juga ANDA... puasa bagi penuh naa...huhu...puasa ni sebenarnya banyak kebaikan dan and tak perlu risau sebab..tak ada lagi sejarah yang orang puasa mati kebuluran..jangan risau yer...Allah meletakkan sesuatu perintah tu semuanya ada kebaikkan tersendiri dan tak pernah nak bagi hamba-Nya susah..solat pun sama..solat tu pun ada kelebihan tersendiri jika dikaji balik..membaca basmallah semasa nak minum pun..ada kebaikannya..teringat lagi masa zaman budak-budak...nak buka puasa tapi tak nak bagi orang nampak..last sekali pakat dengan sepupu nak buka puasa berjemaah..kami pun mintak la keizinan kat arwah tok nak mandi kat luar..pastu arwah tok bagi laa...kami punya la seronok..kami pun bergegas keluar rumah nak mandi..time kami nak mandi tu, kami terfikir jugak..macam mana nak minum air..nanti orang nampak..fikir punya fikir..lastly aku sendiri yang tolong bagi idea..aku kata kita mandi sambil sedut air..haha...pandai tol aku bab tu..kami pun setuju laa nak buat..lega.. sebab akhirnya dapat jugak berbuka puasa berjemaah.. tapi lepas tu arwah tok aku tahu tembelang kami...adoi.. tapi arwah tok aku tak marah sebab maybe faham yang kami ni still budak-budak lagi kot..huhu..tapi berita tu tak la mengejutkan kami..tapi yang lebih buat kami terkejut beruk ialah bila time kami p kedai, ada orang tegur kami...haa...tak puasa..minum air masa mandi..aik..macam mana pak cik tu boleh tau..kami pun menggaru kepala la alamatnya..kami malu dan terus balik rumah...mulai saat tu..kami dah tak buat dah kerja tu..haha..lawak la pulak...kenangan yang tak boleh aku lupa..huhu...selamat berpuasa yerp..
Posted by siti aishah ebnil hajar at 11:15 PM 0 comments
Labels: it's me...
Thursday, July 29, 2010
GERKO...
Gerak kerja kokurikulum...hari ni aku kena ajar budak form 1 based (basic self defend)..lebih kurang macam silat la jugak tapi based just ambik basic saja...best jugak ajar diorang...sporting walaupun tahu diorang ni suka main-main..aku jaga budak laki..muallimah hidayah pulak jaga banat..aku sempat ajar diorang sampai asas pergerakkan yang ke-6 ja..tendang hadapan..tapi..ok laa..diorang ingat jugak and memang bagi tumpuan masa aku ajar..zul dengan ersyad ajar kawad budak darjah 4..hazalif plak ajar kawad form 3 dan 4..irfan ajar ikatan form2..syahirah ajar kawad form 3 dan 4..khairul ajar based budak darjah 6..haiqal dan hasan ajar ikatan budak darjah 5..huh..memang penat gak la ajar...tapi dapat pengalaman...start pukul 8.00...habis pukul 12.30...huhu...yang tu je la nk dikongsi bersama..huhu...
Posted by siti aishah ebnil hajar at 12:40 AM 0 comments
Labels: aktiviti SMART
Thursday, July 22, 2010
Result mid year..
"result...oh result...kenapa teruk sangat sayang....no 16...teruk tu sayang...ayooo...macam mana mahu kasi tawu sama apa dan ama..." Result aku tahun ni teruk sangat..for mid year exam laa...keng kawan aku selalu kata.."alaa..relax laa..baru mid year exam.." tapi bagi aku, jawapan tu tetap tidak menenangkan aku..macam mana laa aku nak gi taw ni..takut masa mak ayah aku tahu..n diorang sedih and then aku plak yang meninggal..neraka tau..sebab buat parent sedih...haaa...senang kata..shhh je laa..hehe.....lagi bagus...masalah dunia tol...tapi aku harap sangat bila final exam nanti aku meningkat dengan mendadak...hoho...kalahkan jannah and zati...klau boleh haiqal terus...haha...harap sangaaatt....tu je la pasai result yang aku nak kongsikan..haha
Posted by siti aishah ebnil hajar at 8:01 PM 0 comments
Labels: nasib..nasib..















