BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Saturday, August 7, 2010

Ayam Oh Ayam..!!

ayam atau burung??huhu

Hah...teringat cerita sebalik gambar ni..huhu...nak kata ayam pun boleh burung pun boleh..tapi aku lebih suka panggil ayam...haha..reka sendiri..save bajet..kalau nak beli ayam betul..kang nanti tak terjaga pulak ayam ni..ye laa..kat rumah dah boleh buat mini zoo dah...nyamuk pun ada..lalat pun ada..semut, lipas, cengkerek, katak, ayam, arnab, musang...fuh..cukup pakage ni nak wat zoo..haha...ayam yang aku buat ni takkan aku lupa sampai bila-bila..ayam ni laa...aku dok main dengan kawan aku..dok sakat dia...tapi setakat tahun ni je la aku boleh sakat dia...sebab nanti dia dah nak pindah dah...biar lah dia nak kejar cita-cita dia...semoga dia maju jaya dah la...tinggal lah lagi sorang kawan aku tu..selalu nya aku dengan fiza selalu sakat diorang..tu pun kalau diorang dok sebelah menyebelah laa... diorang sporting sikit..haha...papa je la...tu ja nak kongsi...

Friday, August 6, 2010

Nak Puasa Dahhh!!!

Alhamdulillah wa syukurillah kerana Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk berpuasa lagi...tak sabar-sabar rasanya nak puasa...haaaa...rasa macam nak lompat ala-ala ribena jaa...tahun ni puasa pertama insyallah bersama parent and my beloved brother..kakak still kat shah alam meneruskan pengajian..selamat berpuasa aku ucapkan tuk kekawan, guru-guru, saudara-mara, seluruh umat Islam di seluruh dunia ni dan juga ANDA... puasa bagi penuh naa...huhu...puasa ni sebenarnya banyak kebaikan dan and tak perlu risau sebab..tak ada lagi sejarah yang orang puasa mati kebuluran..jangan risau yer...Allah meletakkan sesuatu perintah tu semuanya ada kebaikkan tersendiri dan tak pernah nak bagi hamba-Nya susah..solat pun sama..solat tu pun ada kelebihan tersendiri jika dikaji balik..membaca basmallah semasa nak minum pun..ada kebaikannya..teringat lagi masa zaman budak-budak...nak buka puasa tapi tak nak bagi orang nampak..last sekali pakat dengan sepupu nak buka puasa berjemaah..kami pun mintak la keizinan kat arwah tok nak mandi kat luar..pastu arwah tok bagi laa...kami punya la seronok..kami pun bergegas keluar rumah nak mandi..time kami nak mandi tu, kami terfikir jugak..macam mana nak minum air..nanti orang nampak..fikir punya fikir..lastly aku sendiri yang tolong bagi idea..aku kata kita mandi sambil sedut air..haha...pandai tol aku bab tu..kami pun setuju laa nak buat..lega.. sebab akhirnya dapat jugak berbuka puasa berjemaah.. tapi lepas tu arwah tok aku tahu tembelang kami...adoi.. tapi arwah tok aku tak marah sebab maybe faham yang kami ni still budak-budak lagi kot..huhu..tapi berita tu tak la mengejutkan kami..tapi yang lebih buat kami terkejut beruk ialah bila time kami p kedai, ada orang tegur kami...haa...tak puasa..minum air masa mandi..aik..macam mana pak cik tu boleh tau..kami pun menggaru kepala la alamatnya..kami malu dan terus balik rumah...mulai saat tu..kami dah tak buat dah kerja tu..haha..lawak la pulak...kenangan yang tak boleh aku lupa..huhu...selamat berpuasa yerp..

Thursday, July 29, 2010

GERKO...

Gerak kerja kokurikulum...hari ni aku kena ajar budak form 1 based (basic self defend)..lebih kurang macam silat la jugak tapi based just ambik basic saja...best jugak ajar diorang...sporting walaupun tahu diorang ni suka main-main..aku jaga budak laki..muallimah hidayah pulak jaga banat..aku sempat ajar diorang sampai asas pergerakkan yang ke-6 ja..tendang hadapan..tapi..ok laa..diorang ingat jugak and memang bagi tumpuan masa aku ajar..zul dengan ersyad ajar kawad budak darjah 4..hazalif plak ajar kawad form 3 dan 4..irfan ajar ikatan form2..syahirah ajar kawad form 3 dan 4..khairul ajar based budak darjah 6..haiqal dan hasan ajar ikatan budak  darjah 5..huh..memang penat gak la ajar...tapi dapat pengalaman...start pukul 8.00...habis pukul 12.30...huhu...yang tu je la nk dikongsi bersama..huhu...

Thursday, July 22, 2010

Result mid year..


"result...oh result...kenapa teruk sangat sayang....no 16...teruk tu sayang...ayooo...macam mana mahu kasi tawu sama apa dan ama..." Result aku tahun ni teruk sangat..for mid year exam laa...keng kawan aku selalu kata.."alaa..relax laa..baru mid year exam.." tapi bagi aku, jawapan tu tetap tidak menenangkan aku..macam mana laa aku nak gi taw ni..takut masa mak ayah aku tahu..n diorang sedih and then aku plak yang meninggal..neraka tau..sebab buat parent sedih...haaa...senang kata..shhh je laa..hehe.....lagi bagus...masalah dunia tol...tapi aku harap sangat bila final exam nanti aku meningkat dengan mendadak...hoho...kalahkan jannah and zati...klau boleh haiqal terus...haha...harap sangaaatt....tu je la pasai result yang aku nak kongsikan..haha

Sunday, June 27, 2010

Pengalaman sekolah baru...!!

Hari selasa berapa hari bulan ek..lupa dah...kami semua warga STAIL dan SMART ni berpindah ke bagunan baru...ttapi sebenarnya bagunan tak lengkap 100 peratus lagi kerana ketiadaan bekalan elektrik dan air yang mencukupi..namun, pabila bermulanya hari persekolahan..kami budak SMART ni tak rasa langsung panas bila berada dalam kelas..Alhamdulillah...hikmah nya elektrik tiada...Allah nak suruh kita jimat laa tuu..save bekalan...huhu...tapi yang paling letih ialah..aktiviti memanjat tangga..adoii..pagi-pagi dah kena panjat tangga seawal jam 6.30 pagi..pastu kena turun balek untuk perhimpunan ataupun nak pergi makan...pastu naik balek ke kelas tuk belajar..pastu rehat yang pertama turun lagi..ye laa...aku ni time makan  tak pernah nak miss..haha...pastu turun lagi tuk rehat kedua and ambil wuduk ang terus naik..tunggu aku form 5 ni..alamatnya tinggal tulang je la aku..haha...masa perhimpunan kali pertama diadakan..keadaan sekeliling kami penuh dengan lopak air..bila jalan ja, of course kami kena jalan ayu-ayu...ye la...kang nanti tak fasal-fasal kain kami ada corak spot..kami semua diberi lagi 'the extra holiday' selama 5 hari termasuk hari sabtu dan ahad....fuhh..dah la baru cuti 2 minggu hari tu..ni ada lagi cuti..bila laa cuti ni akan digantikan..tak sanggup aku nak datang ke sekolah..huhu...maybe, ni cuti ganti bagi aku kot sebab hari tu aku g kursus tu..haha

Sunday, June 20, 2010

Dugaan..Dugaan..

Ya Allah..begitu banyak dugaan yang Kau berikan kepada ku ini..namun, ku tahu..disebalik dugaan itu..terselit satu hikmah yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata..hampir satu bulan aku tidak berkaca mata..di saat itu, hanya tuhan yang tahu betapa menderita nya aku..tanpa cermin mata..aku tak mampu melakukan sesuatu dengan sempurna..Kini..aku mampu tersenyum kembali selepas usaha aku untuk mendapatkan cermin mata walau dengan apa cara sekalipon, sudah tertunai..Alhamdulillah..wa syulurillah..duit yang aku kumpul selama ini, walaupun tak seberapa..tapi..amat berguna padaku...Dulu..aku membaca al-Quran, mengulang kaji pelajaran,  menghadapi  peperiksaan, mengikuti kursus based tanpa memakai kaca mata...Kini.. segalanya berubah..aku dapat membaca al-Quran dan melakukan apa saja dengan kaca mata...ku harap selepas ini..aku lebih matang dalam menjaga cermin mata...AMIN!!!!! Kadang-kala..aku hanya mampu menangis tuk meratapi apa yang terjadi..tapi..di saat aku hampir saja mahu berputus asa..hatiku seraya berkata.."siti..kau kena kuat..jangan terlalu mengikut persaan..kalau orang lain boleh buat..kenapa tidak engkau.." tu la yang mampu aku katakan tuk memujuk hati kecil ini supaya tidak berputus asa...air mata yang mahu jatuh ke bumi itu pantas aku seka...air mata kadang-kala bukan menandakan bahawa kita ni seorang yang lemah..air mata mempunyai fungsinya yang tersendiri..jadi kepada semua kaum adam dan hawa..jangan malu untuk mengeluarkan air mata...

Wednesday, June 16, 2010

kursus kemahiran based dan kawat..

Pada 9 hari bulan 6 hari, kami iaitu aku, syahirah, zul, khairul, hazalif, dan muhamad telah menyertai kursus kemahiran based dan kawat..aku dengan hazalif dan khairul masuk based manakala syahirah, zul dan muhamad masuk kawat..kamibertolak pada hari selasa pada pukul 10.00 malam dengan menaiki 2 buah van..satu van untuk banat dan satu van untuk banin..kami pergi kursus di sekolah menengah hira' jeram di selagor..pelajar stail pula pergi sebab kenaikan pangkat sarjan..selain itu, mlmh hidayah, mlmh erni, mlm faizal dan juga mlm zairi pun turut serta..dan of course driver kami mlm zairi dan mlm faizal..driver yang penuh dedikasi..haha..ye laa..masa kami p sana, belum sampai kat sekolah hira' lagi,, kami dah sesat..haha...peta kat depan mata pun dah x guna..tapi berkat hasil usaha mlm zairi dan mlm faizal..akhirnya kami sampai juga di sekolah tu..rasanya, boleh dikatakan orang terawal jugak laa..fuh..masa time latihan pertama aku, aku memang x dak kawan..tapi sempat jugak aku berkenalan dengan seorang member baru..nama dia aliyah fong..kiranya ke mana ja aku pergi..still dengan dia laa jugak..dia pun keseorangan..ok la tu..sama dengan aku..hoho..tapi..dia pernah masuk karate..so, kalau buat latihan tu badan dia x la keras sangat macam aku..aku ni dah la baru first time p kursus tu and baru first time belajar based..dengan mata nya yang kabur lagi..hoo..tension gak laa..rasa macam nak nangis jaa..tapi aku harus kuat kan semanagat..sebab aku ingat kekawan aku kat SMART yang x taw based..so..aku belajar dan belajar sampai la kau boleh jugak based walaupun ada la sedikit pergerakkan yang aku x kuasai lagi..atas berkat pertolongan dari aliyah, kak nazirah dan kawan yang lain,dan juga hasil semangat dari syahirah, mlm hamzan, mlmh hidayah, mlmh erni dan kawan aku yang lain..alhamdulillah..dapat juga la bekung hijau tahap 1 peringkat 3..ok la tu.. hazalif dapat tahap 2 tapi x tau peringkat berapa dan khairul x sure la plak..hehe..syahirah dan zul dapat lulus dalam kawat dan muhamad..x tau nak kata..cemerlang kot..hoho..tapi...walau apa pon..kursus ni sebenarnya best jugak walaupun x dak kawan kan..dalam dorm aku pun..ramai yang baik hati dan sporting..cuma aku ja yang kurang bergaul dengan diorang..aku bila time makan, perkara pertama yang aku akan fikir adalah, syahirah makan tak lagi..sebab dia x dak kawan langsung..jadi..ke mana saja dia pergi..mesti aku akan ikut dia...lebih-lebih lagi  bila tiba nya time makan..huhu..selalu nya latihan aku akan habis lewat..jadi syahirah kadang-kadang dia balik ke dorm dahulu..x pun dia jez tunggu ja kat tempat aku buat latihan..hmm..bila tiba ja malam terakhir kami kat sana..group based habis awal..group kawat pulak habis lewat..jadi.. aku terpaksa la jadi tugu peringatan kat pondok berhampiran dengan tempat banin buat latihan kawat..lama juga tunggu dia..jadi, disebabkan bosan punya pasal, aku pun ikut la mlmh hidayah dan mlmherni hantar baju kat budak TKRSM..pastu bila aku balik pun, group kawat banat x habis lagi..jadi tunggu lagi la aku..akhirnya diorang habis jugak..huhu..kami x terus balik ke dorm..sebaliknya dok kat pondok tu cerita la tentang latihan we all...setiap kali aku dengan syahirah jumpa je..sudah menjadi perkara asas untuk kami bercerita tentang latihan kami..huh..best gak laa..dan akhirnya kami dapat juga menjalankan tugas kami dengan baik juagk laa..hehe..lulus ka sampai tahap satu ka..janji kami boleh ajar budak-budak SMART dengan baik..kami akan pasti kan yang mereka dapat ilmu yang kami belajar di selangor selama 4 hari tu..itu janji kami..HIDUP BASED...(tu la yang dikatakan oleh tuan azrol fazli kami) dan HIDUP KRS Musleh..hoho