BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Friday, March 11, 2011

Wahai Sahabat..!!

SILA KLIK TUK HAYATI AYAT TU..






Ya Allah,
> Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi
> saw,
> Sahabat Nabi setia di sisi,
> Sahabat saya datang dan pergi.
>
> Ya Allah,
> Saya muhasabah, menerawang sendiri,
> Dari kecil ke saat ini,
> Ramai sudah bertandang di hati,
> Ramai juga yang datang dan pergi.
>
> Ya Allah,
> Sahabat ketawa, saya gembira,
> Sahabat sayu, saya syahdu,
> Sahabat layu, saya pilu,
> Sahabat cemerlang, saya gemilang.
>
> Ya Allah,
> Kawan saya, sahabat saya,
> Rahmati kami meniti usia,
> Terpisah kami di alam nyata,
> Temukan semula di taman syurga.
>
> Ya Allah,
> Sahabat saya, buah hati saya,
> Mesra kami penawar duka,
> Rindu kami menambah cinta,
> Rajuk kami membuah ceria.
>
> Ya Allah,
> Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
> Bermusuh kami, na`uzubillah,
> Berpisah mati, inshaAllah,
> Pengubat hati, do`a rabitah..

Wednesday, March 9, 2011

Hati yang Kecewa..!!

SEDIHH..!!!     PILU..!!!     KECEWA..!!!

Tu lah perasaan yang dapat aku gambarkan dari lubuk hati ku..saat aku dapat tawu yang nama aku tak tersenarai dalam kelayakan kursus kenaikan pangkat tu..hati aku macam nii...

aku memang nak sangat  kursus tu, tapi demam campak..4 tahun aku tunggu tawaran ni..sebelum aku kena campak, aku dah bagi nama kat muallimah sabarilah..memang masa tu seronok giler..tapi..tut..tut.. lepas tu aku jatuh sakit lak..semalam pujuk mak...nak p gak kem tu..tapi dapat tentangan hebat dari fam and kawan-kawan..mak cakap campak aku pun still teruk lagi..haa..what can i do..just can see...just can wait..ah no..tahun depan ada lagi ka peluang cam ni...masa fom 1, aku langsung tak pernah dapat tawaran macam ni langsung..jez boleh tengok jannah, syahirah, nadia.. muka-muka yang selalu diberi kepercayaan lebih untuk hal-hal macam ni.. aku memang gembira sebab classmate aku sendiri yang p.. iaitu jannah, yusuf, zoul ngan amirul...
kejam la aku kalau doakan yang bad tuk diorang.. aku sentiasa doa yang terbaik tuk kawan-kawan aku.. aku cuma kecewa..apa yang aku harapkan giler dah jadi kos lepas.. apa agak nya hikmah di sebalik semua ni.. ya Allah.. redha lah hati ini dengan ketentuan Mu, ya Allah...damaikan la hatiku yang selalu dibisiki syaitan.. tenangkan lah hati ini juga..hati yang selalu disakiti dan dikecewai...




Chicken Pox..!!








First time ever aku kena demam campak..waa..!! tapi tu semua hanya lah ujian dari Allah...Dia nak uji tahap mana kesabaran kita dan adakah kita akan tinggalkan Dia semasa kita dalam kesusahan...haaa...pandainya aku bermadah...hehe...tapi tu lah hakikat kan..bila kita ditimpa musibah jer...mula la nak salah kan Pencipta kita..hish...nak bagi aku sakit pun waktu ni jugak..dah la tu..dapat chicken pox lak..habes satu badan kena...contoh jer...untuk pengetahuan kita semua..Allah bagi ujian kat kita ni bukan saja-saja laaa...mungkin ada laa sebab musabab dia tu..nak kurangkan dosa kita kaa...nak tengok sejauh mana cinta kita kat Dia kaa...macam-macam..tapi..apa yang penting, selagi ujian itu datang kepada kita...itu tandanyaa...Allah still sayang kan kita..wow..Allah memang kaya dengan sifat penyayang nya..walaupun banyak dosa yang kita buat..tapi Dia still akan ingat kat kita..tak macam kita yang sering alpa sehingga lupa akan Dia..hmm...balik kepada citer aku..aku start tawu yang aku demam campak hari sabtu..fiza la gtaw..tapi aku tak sure..bila balek dari forum 1 dekad tu..terus aku tanya mak..mak cakap campak...aku cakap dalam hati..pakai dah..cam na nak g kursus ni..doh..semalam kol jannah..lepas rindu kat dia..tanya khabar sekolah dan asrama...huhu...hope..aku cepat sembuh laa ek..doa-doa kan laa...


sekian..wasalam

Tuesday, March 8, 2011

SMRA V.S SPM!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

study sampai tertidor..ish3


Semakin hari semakin busy la aku..ye ar..tuisyen petang malam..pergh..memang penat gak la tapi ianya tuk kebaikan aku jugak kan..huhu..aku kena tabah je la...actually tahun ni aku tak nak tumpu lagi kat SPM..tapi aku nak tumpu kat SMRA dulu...jannah cakap gak kat aku...siti..sekarang ni kita tumpu kat SPM dan SMRA..eh..tawu ker apa tu SPM ngan SMRA..huhu...SPM tu kalau tak tawu nak kena ar ni..SMRA tu sijil menengah rendah agama..kat sekolah agama jer ar yang ada...lagi pun kat SMART, keturunan aku la keturunan yang pertama yang nak amik SMRA...ae..SMART bukan jenis peperiksaan naa!!! sati gi ingat SMART tu exam apa la plak..huhu...saja ja..kerja sekolah lak macam menara KLCC...rasa nya kalau susun buku tu konfem boleh jadi bagunan..muallim muallimah pun dah tak tersemak buku-buku kami tu..al-maklum laa..kami SMART 4 ni rajin-rajin belaka..aiseh...haha...tuisyen lebih ke arah SPM deh...dohh...orang nak tuisyen SMRA lebih sikit...gi pon SPM lebih kepada form5..huhuu..tapi bak kata ustaz ahmad fahmi...KITA PERLULAH BERMUJAHADAH..(ni nak perli ker aper.. :) )

Satu Dekad STAIL SMART!!!

majlis pecah tanah...
banin nasyid..lagu pesanan imam syafie, lagu sekolah, n alam persekolahan..








Assalamualaikum..


Hurm...Bila mengenangkan program 1 dekad tu..ya Rabbi...kaki ni dah macam tak cukup skru dah..rasa macam nak buat sujud syukur pun boleh gak...actually hari ni la majlis tu diadakan...fuh..gerai SMART tak putus-putus dengan pelanggan..haha...aku kena jaga waktu pagi dengan malam ja...aku, jannah, syuhada kecik and hanis ja yang kena diberi tugas jaga gerai 2 kali..maklum laa....budak rajin..memang la diorang bagi 2 waktu..hua hua....aku jaga bahagian kuih-muih..sekali-skala bila tak ada orang jaga bab air..aku la yang amik alih bahagian tu..haha...ya Allah..memang best giler..kenangan yang tak dapat aku lupakan..seumur hidup..masa time persembahan dah nak start..masa tu memang tak ada banat langsung yang nak jaga..yang ada pun aku, syahirah dan aisyah..keadaan kat gerai tu kadang-kadang agak kelam-kabut sikit..ye ar.. masa tu baru ar semua benda nak hilang la, nak habis laaa...ditambah pulak dengan hujan..doh.. kusut deh..masa tengah jaga kedai tu..masa tu laa aku terserempak dengan afifudden,


ni la gerai SMART..ramai orang kan??huhu


azman, dan BFF aku..haiqal..yang len tu stud STAIL yang lama-lama...aku sempat sembang ngan azman jaa..haiqal tak sempat langsung..baru nak bagi kek nak sambut besday dia...tapi tak sempat deh..aku jaga gerai sampai kol 3.00 jaa...pas tu aku nek surau and tido..haha...sampai kol 5.30...pastu fiza mai gerak aku...and pastu rancak ar kami sembang...lepas sembang kat surau..aku ajak fiza g makan..lagi pun..aku dari pagi tadi tak makan apa-apa kecuali kuih-kuih yang aku ciplak kat gerai...haha..malam plak ada forum..tapi malam gerai dah kehabisan stok deh...yang ada hanya kuih pagi tadi jer..ngan ice blanded, dan roti mak amirul jer..huhu..pas habes forum..aku pun balek ikut fam aku..haha


sekian..wasalam

Wednesday, March 2, 2011

Pesanan Buat Wanita yang Risau..!!






Ada 4 jenis kerisauan wanita.

Risau pada sepi dan kesepian.

Iaitu risau keseorangan . Risau tidak berteman dan tidak punya pasangan hidup.Risau hidup bersendirian.

Sepi itu indah? Bila ia dilafazkan, anda boleh fahami makna terbalik dari ungkapan ini. Ia tidak indah tapi keadaan menjadikan dirinya kesepian dan dia malas untuk memikirkan perkara yang boleh menyebabkan hatinya terluka kembali. Maka dia cuba untuk menikmati kesepian itu.

Cubalah!, Hilangkanlah kesepian itu dengan alunan pengabdian. Lihatlah Nabi Yunus ketika berada kesepian di dalam perut ikan Nun. Ia merintih pada tuhannya dengan lafaz :

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Pasti segala kerisauan hati hilang sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi ketika waktu uzur. Bacalah selepas maghrib 500 kali samada dengan lidah atau dibaca dalam hati.Akan terbit rasa indah dan terhibur.Atau perdengarkan kalam Allah dengan lidah kita. Biar Allah pula hiburkan hati yang lara.



Risau pada paras rupa yang tidak cantik dan kurang menarik.

Setiap orang ada jodohnya. Mungkin jodohnya di dunia ini atau sudah termaktub bahawa jodohnya di akhirat kelak. Ini adalah kerana jodoh wanita yang tidak kesampaian di dunia yang fana ini akan diperisterikan oleh Ahli Syurga nanti.Dunia yang sementara ini tempohnya hanya beberapa kelipan mata dibandingkan dengan lamanya hidup di akhirat yang tiada nokhtah.

Keindahan seseorang pada zahirnya bergantung pada paras rupa. Tapi disebalik paras rupa itu ada manisnya dan daya penarik. Ada manusia yang zahirkan daya penarik ini dengan ilmu sesat dan dampingan syaitan. Ini tidak kekal dan akan menjadi sumpahan pada masa hadapannya kelak.

Bagi yang mengekalkan wuduk dan rajin qiamullail ada cahaya indah dipancarkan dari wajahnya. Apatah lagi yang mengekalkan kalimah tauhid di mulutnya. Hafiz Ibnu Qayyim ra.a seorang ulama hadis yang terkenal telah mencatat 100 hadis tentang kelebihan Ucapan لا إله إلا الله antaranya ialah Nabi pernah bersabda :

"Zikir adalah cahaya hati dan wajah"




Risau pada pergantungan hidupnya.

Takut hidupnya dipersiakan. Takut tidak dihiraukan. Takut dirinya digandingkan dengan madu. Takut ditukar kasih sayangnya. Sebab itu ramai wanita berkerjaya. Demi menjamin masa depannya. Takut sesuatu yang seringkali berlaku dalam rumahtangga.

Lelaki memang pantang ada peluang. Pantang punya kemampuan. Pantas dan nekad membuat keputusan tanpa memikir jauh. Jadi kaum hawa memerlukan pergantungan diri sendiri. Wang dikumpul. Mahu juga kereta sendiri. Mahu pula rumah atas namanya.Banyak sungguh persediaan.

Khaulah binti Hakim datang berjumpa dengan Nabi mengadu nasibnya yang dibuang oleh suami setelah melahirkan anak-anak yang ramai dan mengabdikan diri untuk suami. Namun setelah berusia ia talak oleh suaminya dengan lafaz zihar. Maka bukan sahaja Nabi yang mendengar luahan wanita itu tapi Allah lebih pantas menurunkan ayat untuk menyambut aduan hambannya itu.

Oleh itu jangan lupa berselawat bila ada kerisauan ini. Rajin-rajinkan lidah untuk berselawat.Bayangkan Nabi berada di hadapan kita ketika berselawat. Dan Sambil itu adukan saja permasalahan kita.



Risau tidak punya zuriat.

Tak kawin satu masalah. Bila dah kawin risau pula tidak ada zuriat. Zuriat adalah benteng utuh untuk mempertahankan rumahtangga. Bila tiada zuriat maka macam-macam kerisauan yang lain mula timbul. Cubalah lafazkan doa Nabi Zakaria yang telah tua tapi masih tidak punya zuriat iaitu :

رَبِّ لاَ َتذَرْنِي فـَرْداً وَأَنْتَ خَيْرُ الوَاِر ِثِيْن
Anbiya : 89


Jadikan ia ucapan doa pada setiap kali sujud dalam apa jua solat yang dilakukan.

Saturday, February 19, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki!!


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.