BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Salam Ziarah..Selamat Datang..!!

Wednesday, March 16, 2011

Cuti Sekolah?? Best ke Tak???








ASSALAMUALAIKUM..!!


Mesti la orang akan cakap.."Wow..best nyer cuti sekolah.." actually memang best pun..bagi yang tinggal di asrama lagi la best bila time cuti sekolah and waktu yang memang budak asrama boleh balek kan..huhu..macam tu jugak aku..nak balik bercuti kat rumah memang best..apatah lagi cuti macam ni kan..hah..nikmat deh..ada kawan-kawan aku yang gi umrah laa..g kelantan laa..menghadapi musabaqah laa..balik kampung laa..pergi rumah kawan laa..langkawi laa..dan macam-macam lagi..tapi aku cuti macam biasa deh...stay at home and be house control..haha...aku dah biasa..memang nikmat giler kalau dapat bercuti ngan family..pergi melancong ker shopping ker or anything else...aku dah faham ngan family aku..kak study kat U..abang kerja..parent of course busy ngan keja..arhh..parent aku kerja untuk sapa jugak kan..for my goodness laa..cuti kali ni lain sikit...rutin aku tetap sama..cuma yang lain nyer..bila kat rumah..masa aku banyak kat internet..haha..on FB laa..actually tak buat apa pun ngan FB..just online..pastu buka blog update selalu..haha..rajin sungguh..haha..ye laa..aku sorang ja kat rumah..aku lebih suka memerap ja dalam bilik..bila time citer favourite baru aku keluar..biasa la tu..huhu..cuti lama cam ni mesti la ada aktiviti yang best kan..aku dapat gi lawatan deh..best la jugak..walaupun sekejap dan penat giler..tapi best..lawatan kat kedai runcit..haha..keluar waktu petang..pastu sewa basikal kat mak..pastu naik la kan..kayuh punya kayuh...stop tepi jalan sat..penat..ingat nak berhenti kat RnR..tapi kerajaan tak sediakan pun..hish..!!kena wat cadangan kat kerajaan ni..lepas rehat aku pun teruskan perjalanan..akhirnya sampai jugak...walaupun kedai runcit tu tak sebesar "giant".. mahupun "alamanda"..tapi aku bersyukur sebab kat situ barang lagi murah daripada tesco, giant mahupun alamanda..haha...dan save cost minyak aku..masa masuk kedai, aku baru teringat apa yang aku lupa bawak..DUIT..!! oh no..ada jaa dalam poket..alamak..!! lupa bawak buku catatan deh..aku baru ingat nak wat research pasal kedai tu..dari mana datang nya barang yang banyak tu..halal ke tak.. tarikh luput bila..selamat ka produk ni..adoh..baru ingat nak wat research..dah tak jadi..ala..tak rezeki..nanti la pegi lain..bila aku keluar dari kedai..aku tengok langit..ya Allah..!! gelap nya..nak hujan ke ni..kena cepat ni..eh..jap..jap..ni kan dah nak malam..memang la gelap..eh..silap ramalan..hehehe..ok..sampai di sini dulu...


terima kasih deh sudi baca..huhu
sekian..wassalam..

Friday, March 11, 2011

Wahai Sahabat..!!

SILA KLIK TUK HAYATI AYAT TU..






Ya Allah,
> Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi
> saw,
> Sahabat Nabi setia di sisi,
> Sahabat saya datang dan pergi.
>
> Ya Allah,
> Saya muhasabah, menerawang sendiri,
> Dari kecil ke saat ini,
> Ramai sudah bertandang di hati,
> Ramai juga yang datang dan pergi.
>
> Ya Allah,
> Sahabat ketawa, saya gembira,
> Sahabat sayu, saya syahdu,
> Sahabat layu, saya pilu,
> Sahabat cemerlang, saya gemilang.
>
> Ya Allah,
> Kawan saya, sahabat saya,
> Rahmati kami meniti usia,
> Terpisah kami di alam nyata,
> Temukan semula di taman syurga.
>
> Ya Allah,
> Sahabat saya, buah hati saya,
> Mesra kami penawar duka,
> Rindu kami menambah cinta,
> Rajuk kami membuah ceria.
>
> Ya Allah,
> Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
> Bermusuh kami, na`uzubillah,
> Berpisah mati, inshaAllah,
> Pengubat hati, do`a rabitah..

Wednesday, March 9, 2011

Hati yang Kecewa..!!

SEDIHH..!!!     PILU..!!!     KECEWA..!!!

Tu lah perasaan yang dapat aku gambarkan dari lubuk hati ku..saat aku dapat tawu yang nama aku tak tersenarai dalam kelayakan kursus kenaikan pangkat tu..hati aku macam nii...

aku memang nak sangat  kursus tu, tapi demam campak..4 tahun aku tunggu tawaran ni..sebelum aku kena campak, aku dah bagi nama kat muallimah sabarilah..memang masa tu seronok giler..tapi..tut..tut.. lepas tu aku jatuh sakit lak..semalam pujuk mak...nak p gak kem tu..tapi dapat tentangan hebat dari fam and kawan-kawan..mak cakap campak aku pun still teruk lagi..haa..what can i do..just can see...just can wait..ah no..tahun depan ada lagi ka peluang cam ni...masa fom 1, aku langsung tak pernah dapat tawaran macam ni langsung..jez boleh tengok jannah, syahirah, nadia.. muka-muka yang selalu diberi kepercayaan lebih untuk hal-hal macam ni.. aku memang gembira sebab classmate aku sendiri yang p.. iaitu jannah, yusuf, zoul ngan amirul...
kejam la aku kalau doakan yang bad tuk diorang.. aku sentiasa doa yang terbaik tuk kawan-kawan aku.. aku cuma kecewa..apa yang aku harapkan giler dah jadi kos lepas.. apa agak nya hikmah di sebalik semua ni.. ya Allah.. redha lah hati ini dengan ketentuan Mu, ya Allah...damaikan la hatiku yang selalu dibisiki syaitan.. tenangkan lah hati ini juga..hati yang selalu disakiti dan dikecewai...




Chicken Pox..!!








First time ever aku kena demam campak..waa..!! tapi tu semua hanya lah ujian dari Allah...Dia nak uji tahap mana kesabaran kita dan adakah kita akan tinggalkan Dia semasa kita dalam kesusahan...haaa...pandainya aku bermadah...hehe...tapi tu lah hakikat kan..bila kita ditimpa musibah jer...mula la nak salah kan Pencipta kita..hish...nak bagi aku sakit pun waktu ni jugak..dah la tu..dapat chicken pox lak..habes satu badan kena...contoh jer...untuk pengetahuan kita semua..Allah bagi ujian kat kita ni bukan saja-saja laaa...mungkin ada laa sebab musabab dia tu..nak kurangkan dosa kita kaa...nak tengok sejauh mana cinta kita kat Dia kaa...macam-macam..tapi..apa yang penting, selagi ujian itu datang kepada kita...itu tandanyaa...Allah still sayang kan kita..wow..Allah memang kaya dengan sifat penyayang nya..walaupun banyak dosa yang kita buat..tapi Dia still akan ingat kat kita..tak macam kita yang sering alpa sehingga lupa akan Dia..hmm...balik kepada citer aku..aku start tawu yang aku demam campak hari sabtu..fiza la gtaw..tapi aku tak sure..bila balek dari forum 1 dekad tu..terus aku tanya mak..mak cakap campak...aku cakap dalam hati..pakai dah..cam na nak g kursus ni..doh..semalam kol jannah..lepas rindu kat dia..tanya khabar sekolah dan asrama...huhu...hope..aku cepat sembuh laa ek..doa-doa kan laa...


sekian..wasalam

Tuesday, March 8, 2011

SMRA V.S SPM!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

study sampai tertidor..ish3


Semakin hari semakin busy la aku..ye ar..tuisyen petang malam..pergh..memang penat gak la tapi ianya tuk kebaikan aku jugak kan..huhu..aku kena tabah je la...actually tahun ni aku tak nak tumpu lagi kat SPM..tapi aku nak tumpu kat SMRA dulu...jannah cakap gak kat aku...siti..sekarang ni kita tumpu kat SPM dan SMRA..eh..tawu ker apa tu SPM ngan SMRA..huhu...SPM tu kalau tak tawu nak kena ar ni..SMRA tu sijil menengah rendah agama..kat sekolah agama jer ar yang ada...lagi pun kat SMART, keturunan aku la keturunan yang pertama yang nak amik SMRA...ae..SMART bukan jenis peperiksaan naa!!! sati gi ingat SMART tu exam apa la plak..huhu...saja ja..kerja sekolah lak macam menara KLCC...rasa nya kalau susun buku tu konfem boleh jadi bagunan..muallim muallimah pun dah tak tersemak buku-buku kami tu..al-maklum laa..kami SMART 4 ni rajin-rajin belaka..aiseh...haha...tuisyen lebih ke arah SPM deh...dohh...orang nak tuisyen SMRA lebih sikit...gi pon SPM lebih kepada form5..huhuu..tapi bak kata ustaz ahmad fahmi...KITA PERLULAH BERMUJAHADAH..(ni nak perli ker aper.. :) )

Satu Dekad STAIL SMART!!!

majlis pecah tanah...
banin nasyid..lagu pesanan imam syafie, lagu sekolah, n alam persekolahan..








Assalamualaikum..


Hurm...Bila mengenangkan program 1 dekad tu..ya Rabbi...kaki ni dah macam tak cukup skru dah..rasa macam nak buat sujud syukur pun boleh gak...actually hari ni la majlis tu diadakan...fuh..gerai SMART tak putus-putus dengan pelanggan..haha...aku kena jaga waktu pagi dengan malam ja...aku, jannah, syuhada kecik and hanis ja yang kena diberi tugas jaga gerai 2 kali..maklum laa....budak rajin..memang la diorang bagi 2 waktu..hua hua....aku jaga bahagian kuih-muih..sekali-skala bila tak ada orang jaga bab air..aku la yang amik alih bahagian tu..haha...ya Allah..memang best giler..kenangan yang tak dapat aku lupakan..seumur hidup..masa time persembahan dah nak start..masa tu memang tak ada banat langsung yang nak jaga..yang ada pun aku, syahirah dan aisyah..keadaan kat gerai tu kadang-kadang agak kelam-kabut sikit..ye ar.. masa tu baru ar semua benda nak hilang la, nak habis laaa...ditambah pulak dengan hujan..doh.. kusut deh..masa tengah jaga kedai tu..masa tu laa aku terserempak dengan afifudden,


ni la gerai SMART..ramai orang kan??huhu


azman, dan BFF aku..haiqal..yang len tu stud STAIL yang lama-lama...aku sempat sembang ngan azman jaa..haiqal tak sempat langsung..baru nak bagi kek nak sambut besday dia...tapi tak sempat deh..aku jaga gerai sampai kol 3.00 jaa...pas tu aku nek surau and tido..haha...sampai kol 5.30...pastu fiza mai gerak aku...and pastu rancak ar kami sembang...lepas sembang kat surau..aku ajak fiza g makan..lagi pun..aku dari pagi tadi tak makan apa-apa kecuali kuih-kuih yang aku ciplak kat gerai...haha..malam plak ada forum..tapi malam gerai dah kehabisan stok deh...yang ada hanya kuih pagi tadi jer..ngan ice blanded, dan roti mak amirul jer..huhu..pas habes forum..aku pun balek ikut fam aku..haha


sekian..wasalam

Wednesday, March 2, 2011

Pesanan Buat Wanita yang Risau..!!






Ada 4 jenis kerisauan wanita.

Risau pada sepi dan kesepian.

Iaitu risau keseorangan . Risau tidak berteman dan tidak punya pasangan hidup.Risau hidup bersendirian.

Sepi itu indah? Bila ia dilafazkan, anda boleh fahami makna terbalik dari ungkapan ini. Ia tidak indah tapi keadaan menjadikan dirinya kesepian dan dia malas untuk memikirkan perkara yang boleh menyebabkan hatinya terluka kembali. Maka dia cuba untuk menikmati kesepian itu.

Cubalah!, Hilangkanlah kesepian itu dengan alunan pengabdian. Lihatlah Nabi Yunus ketika berada kesepian di dalam perut ikan Nun. Ia merintih pada tuhannya dengan lafaz :

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Pasti segala kerisauan hati hilang sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi ketika waktu uzur. Bacalah selepas maghrib 500 kali samada dengan lidah atau dibaca dalam hati.Akan terbit rasa indah dan terhibur.Atau perdengarkan kalam Allah dengan lidah kita. Biar Allah pula hiburkan hati yang lara.



Risau pada paras rupa yang tidak cantik dan kurang menarik.

Setiap orang ada jodohnya. Mungkin jodohnya di dunia ini atau sudah termaktub bahawa jodohnya di akhirat kelak. Ini adalah kerana jodoh wanita yang tidak kesampaian di dunia yang fana ini akan diperisterikan oleh Ahli Syurga nanti.Dunia yang sementara ini tempohnya hanya beberapa kelipan mata dibandingkan dengan lamanya hidup di akhirat yang tiada nokhtah.

Keindahan seseorang pada zahirnya bergantung pada paras rupa. Tapi disebalik paras rupa itu ada manisnya dan daya penarik. Ada manusia yang zahirkan daya penarik ini dengan ilmu sesat dan dampingan syaitan. Ini tidak kekal dan akan menjadi sumpahan pada masa hadapannya kelak.

Bagi yang mengekalkan wuduk dan rajin qiamullail ada cahaya indah dipancarkan dari wajahnya. Apatah lagi yang mengekalkan kalimah tauhid di mulutnya. Hafiz Ibnu Qayyim ra.a seorang ulama hadis yang terkenal telah mencatat 100 hadis tentang kelebihan Ucapan لا إله إلا الله antaranya ialah Nabi pernah bersabda :

"Zikir adalah cahaya hati dan wajah"




Risau pada pergantungan hidupnya.

Takut hidupnya dipersiakan. Takut tidak dihiraukan. Takut dirinya digandingkan dengan madu. Takut ditukar kasih sayangnya. Sebab itu ramai wanita berkerjaya. Demi menjamin masa depannya. Takut sesuatu yang seringkali berlaku dalam rumahtangga.

Lelaki memang pantang ada peluang. Pantang punya kemampuan. Pantas dan nekad membuat keputusan tanpa memikir jauh. Jadi kaum hawa memerlukan pergantungan diri sendiri. Wang dikumpul. Mahu juga kereta sendiri. Mahu pula rumah atas namanya.Banyak sungguh persediaan.

Khaulah binti Hakim datang berjumpa dengan Nabi mengadu nasibnya yang dibuang oleh suami setelah melahirkan anak-anak yang ramai dan mengabdikan diri untuk suami. Namun setelah berusia ia talak oleh suaminya dengan lafaz zihar. Maka bukan sahaja Nabi yang mendengar luahan wanita itu tapi Allah lebih pantas menurunkan ayat untuk menyambut aduan hambannya itu.

Oleh itu jangan lupa berselawat bila ada kerisauan ini. Rajin-rajinkan lidah untuk berselawat.Bayangkan Nabi berada di hadapan kita ketika berselawat. Dan Sambil itu adukan saja permasalahan kita.



Risau tidak punya zuriat.

Tak kawin satu masalah. Bila dah kawin risau pula tidak ada zuriat. Zuriat adalah benteng utuh untuk mempertahankan rumahtangga. Bila tiada zuriat maka macam-macam kerisauan yang lain mula timbul. Cubalah lafazkan doa Nabi Zakaria yang telah tua tapi masih tidak punya zuriat iaitu :

رَبِّ لاَ َتذَرْنِي فـَرْداً وَأَنْتَ خَيْرُ الوَاِر ِثِيْن
Anbiya : 89


Jadikan ia ucapan doa pada setiap kali sujud dalam apa jua solat yang dilakukan.